Tuesday, 5 September 2017

Pemergian

       Hidup ini amatlah indah jika kita teliti dengan sempurnanya. Ini kerana segala ciptaan Allah S.W.T amatlah sempurna dan tiada cacat celanya. Alhamdulillah masih dikurniakan lagi untuk menghirup nafas untuk melakukan perkara yang berfaedah di dunia ini. Sementara berada di alam dunia ini dengan berebut mencari bekalan ke akhirat. Jujurnya, kita selalu alpa dan lalai kerana itulah sifat manusia. Manusia sering lupa dan sebagainya. Dua nikmat yang sering dilupai oleh manusia adalah kelapangan masa dan waktu sihat. Fikirlah apa maksudnya ayat tersebut kerana dalam kita mengejar arus pemodenan, kita mengambil ringan tentang keagamaan, kebudayaan dan sebagainya. Selalunya kehidupan ini penuh dengan warna warna yang sering memberi erti dalam kehidupan seseorang. Dulu perjalanan masa dalam 10 tahun amatlah lama. Kini, 10 tahun itu amatlah sekejap dan penuh perbezaan yang telah dikecapi selama 10 tahun. Segala kesedihan,keperitan, kegembiraan dan segala emosi yang terpampang di muka atau di hati manusia itu sendiri jelas menunjukkan bahawasanya kita mempunyai perasaan yang sedemikian. Kita kuat menjalani segala ujian kerana Allah SWT tahu ujian yang bagaimana kita dapat tempuhi.
      Pemergian orang tersayang adalah perkara yang amat menyakitkan dalam kehidupan seseorang. Segala pertautan yang telah dilalui itu amat bermakna dan pemergian adalah perkara yang sedih. Senang untuk mereka berkata ' Sabar bro, sabar sabar' . Jika dilalui pemergian ini. kita akan amat amat amat merindui seseorang yang telah pergi buat selama lamanya. Tidak sempat untuk wan ( nenek ) sebelah mak melihat saya daftar belajar di universiti. Tidak sempat juga untuk atuk belah bapak saya melihat saya belajar ke Sekolah Sains. Tidak sempat juga untuk saya menyambung kerja sambilan di gerai atau warung di taman Maluri berhadapan dengan Jusco Taman maluri. Ya warung tersebut adalah warung wan saya dimana waktu kecil saya masih ingat bermain kejar kejar atau bermain bola. Penutup botol itu sebagai bola dan main lah kami 5 orang sepupu. Di situ lah bermulanya hubungan yang amat saya rindui ketika ini. Orang ramai datang ke warung sehinggakan ada yang kenal dengan Makcik Rozayah iatu arwah nenek saya. Ya nenek saya garang orangnya. Pernah dimarahinya kerana main main waktu solat. Biasa lah budak kecil. 24 April 2001 nenek saya telah menghembuskan nafas yang terakhr. Waktu itu saya masih kecil dan mungkin masih tidak faham. Ya saya masih sedih mengingatinya. 26 April 2014 pula nenek belah mak saya pula meninggak dunia. Ini merupakan berita paling sedih kerana waktu tu saya masih berumur lepasan SPM dan mendapat keputusan yang sederhana dibandingkan dengan rakan rakan saya.
        Tangisan tiada henti kerana menyayangi arwah wan. Arwah wan menjaga saya dari kecil hingga berumur 16 tahun sebelum saya berpindah ke sekolah sains berasrama penuh. Sempat juga saya melakukan ibadah umrah bersama arwah wan. Dia juga lah membawa saya berjalan ke luar negara bersama adik saya. Biasalah kena marah itu perkara biasa kerana membesar bukan. Ada satu pesan dari ayah saya yang saya ingat hingga kini. ' Sekarang awak umur 14 tahu, lagi 3 tahun je lagi awak nak habis sekolah, sekejap je shahmi'. Saya tersenyu sahaja dengan pesanan itu. Waktu itu, saya berjogging di kawasan rumah nenek saya. Sewaktu itu juga ayah saya memberhentikan saya dan memberi nasihat tersebut. Nasihat tersebut saya ingat kerana 3 tahun amatlah cepat. Dalam 3 tahun kemudianya saya pindah ke Perlis, dan 3 tahun lagi saya berada di seberang. Segala pemergian seseorang yang saya sayang selama ini telah pergi dan saya tahu ini adalah ujian yang patut kita terima sebagai hambanNya.
         Jangan jadikan hari raya aidilfitri atau aidil adha sebagai satu platform untuk anda lawat kawasan perkuuran tak kisah lah dimana. Bukan hari raya sahaja, malahan jika ada niat untuk melawat perkuburan mak ayah, nenek, atuk, pergilah . Kerana kita pun akan mati juga satu hari nanti. Amat bersyukur kerana mempunyai mak dan ayah yang sering juga pergi ke kawasan perkuburan. Jangan melupakan mereka. Jangan lupa jasa mereka. Jangan lupa. walaupun kecil tapi ia amat bermakna untuk seseorang
   

Friday, 1 September 2017

Merdeka 🇲🇾

 Merdeka? apakah kemerdekaan bagi kita ? maksudnya ? Sudah 60 tahun kita merdeka. Apakah maksud kemerdekaan sebenarnya untuk kita ?. Maaf ye terlambat entri kali ini disebabkan kekangan masa untuk menyiapkan video, raya haji berjumpa dengan sanak saudara ☺️. Tajuk kali ini suka untuk saya menyentuh tentang kemerdekaan. Ini kerana, saya melihat ramai dikalangan anak muda termasuk saya , jarang mengambil tahu tentang sejarah masa lampau. Bagi mereka sejarah hanya perlu belajar di sekolah sahaja bukan di universiti. Mungkin ada benar kata mereka tetapi bagi saya, sejarah perlu dipelajari sampai bila bila kerana bagi saya sejarah merupakan identiti sebuah negara tersebut. Ye teknologi itu penting. Tetapi bagi saya teknologi hanya untuk kepentingan kepentingan tertentu. Bukan untuk mengecam hasil usaha pemimpin terdahulu. Teknologi juga penting dalam semua bidang. Teknologi juga merupakan peranan penting dalam semua kegiatan tak kisah lah dari kegiatan arkeologi dan sebagainya. Ia untuk memudahkan kita mencari hasil hasil lama dengan cepat dan mudah . Cuma memerlukan kaedah lama untuk menetapkan secara khusus tarikh yang sebenar untuk sesebuah artifak tersebut. 
             Oleh yang sedemikian , suka saya untuk meletakkan disini bahawasanya kita perlulah dan wajib mengetahui sejarah sejarah lama tentang salasilah bangsa dan agama kita. Ya wajib kerana banyak sejarah yang kita pelajari di sekolah hanyalah perkara asas sahaja. Jika dikaji lebih mendalam . Kita akan rasa bangga dan bersyukur kerana luasnya taklukan dulu sehinggakan ke majapahit, langkasuka, dan lain lain. Saya juga perlu bercakap untuk diri sendiri kerana saya ingin meneliti lebih lagi tentang sejarah lampau ini. Jiwa anak muda kini belum merdeka. Jika menceritakan penulis penulis lama ramai anak muda tidak tahu dan gemar. Mereka cuma tahu J.K Rowling, Shakespeare dan sebagainya. Usman Awang , Azah Aziz, Adibah Amin, Rebecca Ilham, dan sebagainya. Ye kita perlu sejarah. Jika tidak kita mengenang sejarah lama justeru hilang lah identiti kita sebagai rakyat Malaysia ini. Sejarah negeri di Malaysia ini juga amat penting dan berkait rapat dengan negeri masing masing . Tidak perlu kita meninggi diri dengan kemegahan orang luar jika kita tidak bangga hasil pejuang pejuang orang orang terdahulu. Mat Kilau, Si Putum, Laksamana Hang Tuah , Tun Sri Lanang, Merong Mahawangsa, Ngah Ibrahim, Sultan Abu Bakar, Tun Abdul Razak, Tunku Abdul Rahman, Rentap, Sultan sultan terdahulu dan sebagainya. Suka saya menyentuh disini bahawa adat di negara kita ini amat lah unik dan ia memang menunjukkan itulah adat kita. Jika dipasang lagu lagu lama atau lagu yang berdendangkan seperti cak lempong, kompang, gelama dan sebagainya . Teknologi yang mengikuti peredaran zaman ini telah menyebabkan orang tidak pandang langsung kepentingan sejarah. Jika kita tidak mempelajari sejarah dengan betul, nescaya kita akan mengulanginya. Lihat apa jadi situasi sekarang. Sejarah ini bukan hanya perlu dipelajari tetapi perlu diselami, perlu diambil iktibar dan ingat. Mengapa orang dahulu, semuanya buta huruf tetapi masih mampu untuk bersatu demi matlamat yang sama. Tetapi kenapa orang kini kebanyakkan pandai atau berlagak pandai, Tetapi untuk bersatu padu amatlah sukar dan kesemuanya suka berpecah belah tidak mengambil tahu dan sebagainya. Ya itulah situasi yang dialami sehingga kini. Orang lain tak boleh menolong anda, jika anda tidak menolong diri sendiri. Selamilah sejarah , fahamilah dengan benar. Cukuplah dengan ideologi masing masing. Hentikanlah ego yang tersemat didalam diri masyarakat Malaysia ini. Semaikan lah kasih sayang. Tunjukkan kasih ini diperlukan oleh semua orang dan makhluk ciptaan Tuhan. Tidak perlu berbahagi bahagi mengikut paras rupa kecantikan dan sebagainya. Tiada perbezaan darjat antara kita. Semuanya anak Malaysia ini. 




Tanah Tumpahnya Darahku,
Ibu pertiwiku Malaysia 

Taksiran Puisi: Hanya Melihat Buta