Masa memutarkan suasana,
Segala penentuan disiap siaga,
Hari esok kunjung tiba,
Demi Si Manis yang indah kirana,
Lain dulang lain kakinya,
Lain orang lain hatinya,
Oh itulah peri malas lakunya,
tapi lagaknya tinggi gila beraga,
Kerana lidah hanya berbicara,
Tanpa menyimpang ke arah desa,
Anugerah tercipta engkau sialkan,
Kerana buta dalam berontakan,
Kita celik tapi alpa,
Sibuk menghitung apa yang tiada,
Bukan kita satu tapi seribu,
Lihat matamu pandang ke situ,
Sudah dapat gubah dikarang,
bunga sekaki dicampak buang,
sudahlah hulur kau hilang,
bila di tanah sesal kau datang,
Sedarlah teman kau bukan mimpi,
Usah kau cerita apa yang teliti,
Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula,
1 comment:
Deep thoughts
Post a Comment