Selamat malam, dan selamat mimpi indah. Secara tidak langsung kehangatan Sukan Sea kali ke 29 ini telah sampai ke penghujungnya. Tidak terlambat juga untuk mengucapkan selamat maju jaya untuk skuad negara bawah 22 tahun yang akan berhadapan ujian getir berhadapan dengan Thailand bagi merebut pingat emas. Tidak ketinggalan juga, Malaysia sebagai Tuan Rumah telah berjaya melunaskan misi mereka dengan mendapat 111 pingat emas pada lingkungan jam 9 ke 10 malam tersebeut menerusi pelumba sensasi negara ' The Pocket Rocketman' Azizul Hasni Awang. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang tersebut. Dan selamat maju jaya untuk pasukan hoki Malaysia yang akan merebut pingat emas dalam acara hoki lelaki dan akan bertanding dengan pasukan Myanmar.
Apa kaitannya Sukan Sea dan permulaan?. Sebenarnya ini merupakan satu titik baru untuk saya sebagai penulis blog yang baru. Benar ada ayat yang agak kekok disitu tapi ini semuanya adalah percubaan atau usaha saya untuk memantapkan atau menajamkan lagi bahasa kebangsaan saya. Malahan juga untuk memperkasakan bahasa Inggeris juga. Jadi ini merupakan peluang untuk saya memantapkan lagi pemahaman dan tatabahasa saya. Selain daripada memantapkan bahasa dan segalanya yang mungkin pembaca rasa seperti ' eh bosan mat kau punya blog serupa novel 'hahahaah '. tidak mengapa, semua orang mempunyai pilihan masing masing.
Jadi kenapa gagak? gagak merupakan binatang yang berwarna hitam dan binatang yang selalu ada beterbangan dilangit. Kadang kala terbang, kadang kala rehat di pohon pokok, kadang kala berak tak kena pada tempatnya. Seperti contoh,bola sepak yang sedang beraksi di perlawanan yang bersiaran langsung, namun gagak tidak kira waktu akan menurunkan hajatnya kepada sesiapa sahaj yang berada di bawahnya. Begitu juga kita, kadang kala rehat, kadang kala berdiri, kadang kala berlari, kadang kala terduduk dan sebagainya dalam melalui liku liku kehidupan yang mencabar ini. Oleh sebab itu, saya namakan blog ini gagak kerana saya rasa mungkin nama ini sesuai dengan pengalaman atau cerita yang akan dikongsikan tidak lama lagi. Jadi inilah permulaan cerita yang mugkin hambar tetapi dapat memuaskan hati saya. hahahahaahah . maaf bukan senang untuk memuaskan hati orang, janji saya seronok happy menulis blog ini.
Idea untuk menulis blog ini sudah lama cuma biasalah kata kata seorang itu takkan berjaya jika tidak bertindak. Jadi saya mengambil keputusan untuk pendam segala gurau kasar layanan kawan dan sebagainya demi asam garam kehidupan. Cehh!! . Tetapi pendam sebenarnya tidak mampu untuk mengawal segala kesabaran yang mungkin hilang pada waktu itu. Kadang kala manusia perlu melepaskan kemarahan mereka untuk mereka tidak merasai lagi kesakitan yang mereka rasai selama ini. Tetapi untuk melepaskan kemarahan tersebut merupakan perkaraa yang mudah dengan menghemburkan kata kata kesat dan sebagainya. bagaimana pula hati seorang yang menerima kemarahan tersebut. hanya dia sahaja yang tahu, dan sebab itulah timbul macam macam kes. Sebelum melalut hingga tak sudah, InsyaAllah saya akan berkongsi atau becerita apa yang saya tahu atau mudah difahami segala pandangan saya. maklumlah nak kongsi di twitter takut dikecam netizen dan sebagainya. Oleh itu terima kasih kerana membaca dengan baik
akan bersambung ,
sekian
No comments:
Post a Comment