5 hari sebelum kejadian sekatan jalan raya oleh polis yang akan dihadapi oleh Amin dan Azman.
Hari Pertama
Hujan membasahi bumi pada pukul 2 pagi di sekitar ibu kota. Suasana di perkarangan rumah Detektif Kamal yang terletak di Damansara Jaya juga turut dibasahi hujan. Angin pada waktu malam turut hadir dengan dentuman kilat memancar pada malam itu. Tiang lampu masih tegak berdiri di pesisiran jalan bagi menyinarkan jalan yang lengang pada waktu pagi itu. Terdapat beberapa helai daun kering yang bertempiaran akibat ditiup angin di sekitar jalan berhadapan rumah Detektif Kamal . Kira-kira 400m berhadapan dengan rumah anggota polis ini telah diletakkan beberapa buah tong sebagai penghadang jalan masuk di kawasan rumah. Ini kerana penduduk di kawasan ini telah beberapa kali dirompak oleh bukan penduduk di kawasan ini. Kebanyakkanya jiran-jiran di sini semuanya telah pencen dan ada juga yang masih bekerja. Di sebelah kiri rumah anggota polis ini, terdapat sebuah taman permainan yang selalunya akan dipenuhi oleh kanak-kanak pada waktu petang. Berhadapan dengan tong penghadang jalan, terdapat deretan bangunan kedai yang telah dibangunkan sejak Kamal bersekolah lagi. Ini kerana, rumah yang dia tinggal ini bukanlah miliknya.
Rumah ini adalah milik arwah neneknya. Dia tinggal disini hanya sementara kerana rumah asalnya sedang giat diubah suai. Ini kerana, adiknya Zamri berpendapat bahawasanya rumah mereka mempunyai masalah-masalah tertentu. Jadi dia dan adiknya telah berstuju untuk mengupah orang untuk mengubah suai rumah kediamannya. Adiknya pula tidak ikut tinggal bersama abangnya di rumah arwah nenek mereka. Adiknya mahu duduk di rumah untuk memantau segala perkembangan yang dilakukan oleh pekerja yang diupah oleh mereka. Di rumah ini, dia berasa selesa untuk menyelesaikan segala teka-teki kes yang belum dirungkaikan. Kadang-kadang untuk melengkapkan segala petunjuk dalam kes tersebut, dia terpaksa bercakap seorang bagi memastikan tiada sebarang kecacatan dalam teorinya untuk menyelesaikan kes tersebut. Suasana di ruang tamu akan menjadi tunggang-langgang apabila dia sibuk mencari segala petunjuk yang berkait rapat dengan kes yang dikendalikannya. Sebab itu, apabila tiba di pejabat Kamal akan mengenakan jaket hitam serta memakai sepasang kaca mata bewarna hitam. Ini untuk mengelakkan dari beberapa kenalanya di pejabat sedar akan matanya yang kering itu akibat kekurangan tidur.
Kipas siling tetap berpusing perlahan di ruang tamu. Kamal masih terbaring melihat siling kerana kepenatan. Dia masih berbaju kemeja kerana baru pulang dari makan malam bersama rakan sepejabatnya. Selalunya waktu pulang dia tidak tetap. Kadang-kadang pukul 10 malam baru pulang sampai ke rumah, ada juga sampai 2 ke 3 pagi ke rumah. Dia sudah biasa hidup sebegini kerana tugasnya menjadi seorang detektif. Pulang lewat ke rumah kerana pejabatnya terletak di Ibu Kota. Dan selalunya ibu kota menjadi segala tumpuan para bangsawan, dermawan dan sebagainya untuk meluaskan sayap mereka dalam bidang perniagaan. Justeru, dia juga tidak akan pernah terlepas dengan kesesakkan lalu lintas.
Kamal masih merebahkan dirinya di sofa ruang tamu. Berhadapan dengan sofa terdapat sebuah television yang agak lama tetapi masih boleh dipakai. Dia mencapai remote control lalu membukanya.
Siaran demi siaran ditukarnya, namun tiada satu siaran yang berkenan di hatinya untuk menonton. Lalu dia meniup udara dan bangun untuk pergi ke dapur. Selepas selesai minum air, dia akan kembali ke biliknya lalu mencapai tuala untuk membersihkan dirinya. Setelah membersihkan dirinya, dia mengenakan kain pelikat dan baju lalu terus rebah ke katil untuk tidur.
"Priiit! Priiittt !" bunyi wisel dari telefon pintarnya berbunyi. Mata Kamal masih samar-samar kelihatan ke arah skrin telefonnya. Sengaja dia meletakkan bunyi wisel sebagai nada dering untuk dia senang bangun dari tidur. Terkejut dia kerana jam di skrin telefonnya menunjukkan pukul 8.00 pagi. Dia terus tenang dan bangun untuk mempersiapkan dirinya ke pejabat. Walaupun dia berasakan dirinya akan hadir lambat, tetapi dia tetap tenang kerana tidak mahu rushing ke pejabat. Pernah semasa dia berada dalam pejabatnya, dia ternampak pembantunya Zaim hanya memakai selipar datang ke pejabat. Bila ditanya, kenapa pakai selipar datang kerja. Zaim menjawab dengan penuh rasa bersalah kerana semasa dalam perjalanan, dia tidak sedar dia memakai selipar oleh kerana dia terlalu kelam kabut mempersiapkan dirinya ke pejabat. Kamal hanya senyum memperingati kejadia itu semasa dia mandi.
Setelah mengambil masa 10 minit sahaja untuk menyiakan diri, terus dia mengenakan baju t-shirt yangsesuai dengan jaket hitam beserta seluar hitam. Dia terus melangkah keluar dari rumah lalu menghidupkan kereta Myvi yang berada di anjung rumah milik neneknya itu. Setelah selesai mengunci rumah dan menutup pagar, tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi. Dia melihat ke arah skrin telefonnya, dan dia tersenyum kerana panggilan itu datang daripada pembantunya, Zaim. Dia mengangkat dengan tenang lalu memasang penghawa dingin didalam keretanya itu.
"Helo" jawabnya dengan tenang.
"Helo Tuan, saya baru dapat tahu dari Inspektor Rashid, dia nak kita kendalikan kes pen tu Tuan. Jadi Tuan perlu datang dengan segera ya!" jawab pembantunya Zaim.
"Baiklah Zaim, nanti aku sampai" jawabnya dengan lemah. Kamal terus memandu keretanya dengan cermat sehingga ke pejabat. Dalam perjalanannya ke pejabat, kepalanya runsing kerana memikirkan kes yang dia perlu kendalikan. Mengikut pengalamanya selama 2 tahun ini, dia telah berjaya menyelesaikan beberapa kes yang pelik. Dan mendengarnya kes pen ini seolah-olah kes ini akan menjadi pelik dan tabiat tidur lambat akan dia ulanginya kembali.
"Terpaksalah aku jadi Detective Conan balik" bisiknya didalam hati. Setibanya dia di pejabat, dia melihat Zaim sedang mengemas mejanya yang berhadapan dengan bilik Kamal. Jam di dinding pejabat itu menujukkan pukul 8.40 pagi dan keadaan di pejabat kecil agak sunyi kerana pejabat itu hanya ada Kamal dan Zaim sahaja. Zaim sedar akan susuk tubuh Detektif Kamal yang ada berhampiran dengan biliknya lalu dia meluru ke arah Detektif Kamal.
"Selamat pagi Tuan, er Inspektor Rashid ada didalam biliknya.." ujarnya dalam keadaan terketar-ketar.
"Selamat pagi Zaim, eh kenapa kau terketar-ketar ni?" soal Kamal kepada pembantunya.
"Inspektor Rashid nampak macam nak marah je, Tuan ada buat apa-apa ke?" tanya Zaim kepada Kamal.
"Eh kau ni takde apa-apalah muka dia memang begitu ketat saja, oh lupa kau belum kenal dia lagi kan." ujarnya. Zaim hanya mengganguk kepala saja.
"Bila dia sampai?" tanya Kamal kepada Zaim.
"Oh masa Tuan on the way ke sini agaknya. Nampaknya macam ada benda mustahak je Tuan" jawapnya.
"Itulah tu, kau dah makan belum? kalau belum, pegilah dulu, ingat makan bungkus makan dekat pantri je tau" pesan Kamal kepada Zaim.
Kamal mengeluarkan jaket hitam dan meletakkan di kerusi yang berhampiran denganya. Sebelum dia hendak mengetuk pintu. Inspektor Rashid telah memanggilnya dari dalam.
"Masuk, Kamal" suara garau Inspektor Rashid kedengaran. Kamal membuka pintu dan melihat Inspektor sedang bercakap dengan isterinya di telefon pintarnya itu. Kamal duduk dengan segera kerana melihat Inspektornya sedang berbual di telefon.
"Nanti, balik abang ajar si Wan tu macam mana, dah abang nak bekerja ni, Asalamualaikum" suara garau Inspektor bertukar menjadi suara yang agak lembut bila bercakap dengan isterinya di telefon. Kamal hanya diam membisu kerana tidak mahu masuk campur hal rumah tangga orang. Selepas Inspektor Rashid menutup telefonnya barulah mereka berdua berbincang tentang kes pen ini.
"Kamal, kali ini kau kena handle kes ni. Sebab kes ini, detektif lain anggap kau je yang boleh settlekan. Kau kan dah settelkan kes yang pelik sebelum ini, so kau buat elok-elok. aku dah bagi fail dekat budak tu nanti kau dengan dia work together okay?" ujar Inspektor Rashid.
"Baik, tetapi ada dateline ke nak settle kes ni?" soal Kamal kepada Inspektor.
"Takde, ambik berapa banyak masa yang kau nak untuk settle kes ini" jawab Inspektor Rashid.
Kamal terpinga-pinga mendengar jawapan Inspektornya. Seolah-olah kes ini macam kes yang agak berat. Setelah berbincang dalam 10 minit. Inspektor Rashid bergegas keluar kerana katanya ada meeting dengan pihak atasan lain.
"Okay Kamal, nanti ada apa-apa inform aku okay?" pesannya kepada Kamal. Kamal mengganguk dan kepalanya masih pelik dengan perbincangan bersama Inspektornya. Selalu mereka berdua akan berbincang selama 45 minit tentang kes yang perlu dikendalikan. Tetapi kali ini, Inspektornya mahu dia dan pembantunya Zaim untuk mengendalikan kes tersebut. Kamal tahu keupayaan pembantunya Zaim kerana pembantunya masih muda dan tahu selok belok masyarakat setempat, dan juga pandai bersosial. Jadi senang untuk dia blend in dengan keadaan suasana. Mereka pernah ditugaskan bersama cuma kes itu seperti kes ringan sahaja. Tetapi kali ini, hatinya kuat mengatakan bahawasanya kes pen ini agak berlainan dari kes yang lain.
Selang beberapa minit kemudian, Zaim tiba di pejabat lalu masuk ke bilik Detektif Kamal kerana bilik Detektifnya masih terbuka. Namun sebelum masuk dia akan mengetuk pintu sebagai tanda hormatnya kepada Detektif itu.
"Tuan, nah ada makanan sikit saya bungkuskan tadi. Jomlah makan sama" ajaknya kepada Detektif Kamal. Namun reaksi muka Detektif Kamal agak berlainan daripada biasa. Selalunya kalau diajak makan, Kamal akan tersenyum lalu terus makan bersama pembantunya atau dia akan makan bersama pembantunya di kedai makanm tetapi kali ini riak wajahnya berlainan. Kamal terus bangun dan terus berjalan ke arah pantri. Mereka berdua duduk dan makan bersama.
"Aku pelik dengan Inspektor, selalu dia bagi dateline nak settle kan kes, tapi kali ini macam dia bagi masa aku pulak nak settle kan. Pelik aku " dengan nada kebingungan sambil meyuap nasi lemak yang dibeli oleh Zaim.
"Macam kes berat je ni" bisiknya.
"Tuan, mungkin kes berat ni Tuan, sebab tu dia bagi masa" ujar Zaim sambil mengunyah roti yang dibelinya tadi.
"Eh kau macam baca kepala otak aku pulak, tulah macam kes berat je kan. Eh tadi Inspektor ada bagi file eh dekat kau? tanya Kamal kepada Zaim.
"Ada Tuan, saya tinggalkan dekat laci saya. Lupa pulak saya nak bagitahu Tuan masa nak keluar makan tadi" ujarnya.
"ohh, okay lepas makan ni kita tengok kes ni pasal apa eh" pesan Kamal kepada pembantunya.
"Sebelum tu Tuan saya ada nak tanya lama dah ni sebenarnya" tanya Zaim kepada Kamal.
"Tanyalah" jawabnya
"Tuan polis kan tetapi kenapa ada dekat pejabat ni? kenapa pejabat takde dekat kawasan polis? " soalnya
"Sebabnya, aku ni kan detektif. Memang polis pun cumanya aku undercover begitu" balasnya
"Lagi satu, pejabat dekat polis tengah renovation, kau pernah ada dengar kes bangunan runtuh dekat Jalan Duta? tanya Kamal kepada pembantunya. Pembantunya hanya mengganguk kerana khusyuk mendengar penjelesan daripada Detektifnya.
"Bangunan runtuh tu terkena juga pejabat kitaorang" jelasnya.
"Oh begitu, tetapi kenapa ada 2 orang je dalam pejabat ni? saya dengan Tuan? " tanyanya sekali lagi.
"Sebab sepatutnya aku ada partner yang lain. Tetapi semua tengah berumah tangga jadi akulah kena handle sebab aku bujang lagi" jawabnya.
"oh begitu" sambil Zaim membuang sisa makananya ke dalam tong sampah.
"Dah jom kita bincang" ujar Kamal kepada pembantunya Zaim.
"okay jom" sambil Zaim berdiri meminum air kosong yang ada di pantri itu.
Sebelum mereka hendak memulakan perbincangan. Telefon Kamal berdering sekali lagi. Pihak polis telah call Detektif Kamal untuk datang ke tempat kejadian. Kamal dan pembantunya Zaim terus meluru masuk ke dalam kereta dan terus memandu dengan laju ke tempat kejadian. Kira-kira dalam 30 minit, mereka berdua telah sampai di tempat kejadian. Mereka hanya letak kenderaan mereka di luar kawasan kejadian itu. Kawasan kejadian itu seperti kawasan yang berada di laluan belakang deretan kedai yang selalunya akan dipenuhi dengan tong sampah yang besar. Di depan laluan itu terdapat sebuah sekolah menengah berhampiran di situ. Beberapa phak polis sedang mengawasi tempat kejadian itu. Mereka juga telah meletakkan tape bewarna kuning di sekitar kawasan itu kerana tidak mahu orang awam menggangu kawasan tersebut. Pihak media juga telah datang untuk membuat liputan tentang kejadian tersebut.
Setibanya mereka berdua tiba di sana, mereka telah disapa oleh pihak polis berpangkat rendah yang lengkap beruniform biru.
"Tuan Kamal, sila ke sini ya? Eh ni sapa ?" tanya polis itu kepada Kamal.
"Oh ini pembantu saya, takpe dia juga detektif junior" jawab Kamal.
"Baik, ikut saya ye" jawab polis itu dalam keadaan terburu-buru.
Semasa Zaim dan Kamal mengikut polis berpangkat rendah dari belakang. Mereka melihat semua yang terlibat seperti polis, pegawai kesihatan dan sebagainya membuat kerja mereka dengan cermat. Ada juga yang kelam kabut yang datangnya dari pihak media kerana mereka ingin mendapat kepastian tentang berita ini. Beberapa liputan yang dibuat oleh mereka secara lintas langsung dan ada juga senyap-senyap mengambil gambar menggunakan kamera masing-masing. Polis berpangkat rendah itu menunjukkan sekujur tubuh manusia telah baring di tengah jalan belakang deretan bangunan. Lalu, polis itu beredar dan menyerahkan mereka berdua kepada seorang pegawai polis perempuan lengkap dengan uniform serta bertudung biru kepada Kamal. Di situ juga terdapat beberapa pihak forensik juga bersama mereka. Pegawai polis itu terus menyapa mereka berdua.
" Kamu Kamal bukan?" tanya pegawai polis perempuan itu kepada Kamal
"Ya saya Kamal" jawabnya.
"Okay Kamal, apa yang awak nampak sekarang ini ialah seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an yang telah dibunuh dengan kejam." sambil pegawai polis perempuan itu menjelaskan kes ini secara terperinci denganya.
Mayat lelaki tersebut lengkap memakai baju putih t-shirt dan seluar hitam. Tangan kananya dibalut kerana ada kesan darah berlumuran di tanganya.
"Kalau awak nampak sekarang dalam tong sampah itu ada alatan tajam(pisau) yang dia gunakan sepanjang pembunuhan, kes ini berlaku kira-kira 8.00 pagi ya tak begitu pihak forensik?" tanya pegawai polis itu kepada pihak forensik sambil memberikan pisau yang digunakan oleh si pelaku itu kepada Kamal. Pisau tersebut berada dalam plastik untuk dijadikan bahan bukti.
Sambil Kamal melihat pisau tersebut, Pihak forensik menjelaskan secara mendalam tentang kes tersebut.
"Ya, kes ini berlaku dalam pukul 8 pagi dan orang ramai jarang lalu laluan sini kerana laluan ini agak senyap" tambah pegawai forensik itu.
" Kalau laluan senyap kenapa mangsa taknak lalu tempat lain?" kata Kamal kepada pegawai polis dan forensik.
"Itu saya tidak pasti, tetapi melihat pada baju mangsa ada contengan seolah-olah ada mesej yang hendak disampaikan oleh pelaku. Dan ada beberapa kesan lubang nipis pada perut mangsa. Saiz lubang itu seperti saiz sebesar pen" Tambah pegawai itu kepada Kamal.
Pembantunya mencatat segala maklumat perincian yang diberitahu oleh pegawai tersebut. Kamal meminta sarung tangan daripada pihak forensik untuk dia melihat dengan teliti wajah mangsa dan beberapa bahan bukti untuk disiasat kemudian. Dia meneliti dengan penuh tekun. Dia melihat kepada kesan cucukan dari sebatang pen dan melihat mulut mangsa yang ternganga itu.
"So, ada apa-apa comment Kamal?" tanya pegawai polis perempuan itu kepada Kamal.
"Dari segi kesan lubang pada perut, banyak kesan tikaman yang dibuat oleh si pelaku. Tapi kalau tengok gigi, ada ke orang gigi hitam macam tu?, sebab saya rasa macam pelaku tu conteng gigi mangsa selang seli" sambil Kamal menggosok gigi mangsa dengan jarinya sendiri. Pegawai polis perempuan dan forensik itu hanya melihat sahaja kelakuan Kamal itu.
"Okay jom kita pegi tengok dekat Hospital, kita bedah siasat. Sebelum tu, kita check wallet dia kalau dia ada simpan nombor mak dia or ayah dia. Kalau takde kau bukak phone dia cari nama mak dia or ayah dia. Lepastu kau call diorang suruh jumpa dekat balai polis?" pesan Kamal kepada pembantunya Zaim.
"Tapi Tuan, saya dah cari dah takde nombor mak dia dengan ayah dia. Kenalan pun takde" Kata Zaim kepada Kamal.
"Kalau macam tu nanti sampai pejabat, kau power bab coding kan? Nanti kau track segala call history kau tahu kan nak buat apa" kata Kamal kepada pembantunya Zaim.
"Baik" lalu Zaim menolong beberapa pegawai forensik untuk mengemas dan membalut mayat dengan beg mayat yang bewarna hitam. Lalu meletakkannya ke dalam ambulans untuk dibawa ke hospital berdekatan untuk bedah siasat secara lanjutnya. Zaim meninggalkan Kamal bersendirian dengan seorang pegawai polis perempuan. Dia melihat dari jauh riak muka Detektif Kamal seperti serius sedang membincangkan tentang kes ini. Ketika itu, dia berada di dalam van ambulans itu dan pihak forensik mengatakan mereka akan ke Hospital Shah Alam untuk siasatan lanjut. Zaim mengganguk dan menelefon Detektifnya untuk memberi maklumat kepadanya.
Kamal dan seorang pegawai polis perempuan itu sedang berbincang tentang kes tersebut. Sementara berbincang, dia melihat tag nama kepada baju pegawai beruniform itu. Sarah namanya.
"Nama Sarah eh, maaflah masa masuk tadi tak perasaan, terus in mood untuk siasat kes ni." kata Kamal dengan sopan.
"Takpe, saya dah biasa dah. ni ada pihak media ni bagi saya settlekan lepastu saya ikut awak ke hospital" kata Sarah kepada Kamal.
"Ikut, eh kenapa?" tanya Kamal kebingungan kepada Sarah.
"Tunggu je dalam kereta nanti saya jelaskan kepada awak" katanya kepada Kamal.
Dia terus berjalan meluru ke arah kereta yang diletakkan agak jauh dengan tempat kejadian. Terus dia mebuka kereta nya dan menghidupkan enjin serta membuka penghawa dingin dan membuka jaket hitamnya dan meletakkan di seat belakangnya. Dia membuka penghawa dingin kerana dia merasakan badanya sedang berpeluh.
"Asal lah kau nak ikut?" katanya dengan pelik sambil meletakkan mukanya dekat ke arah penghawa dingin keretanya.
Dia melihat skrin telefonya.
"Eh, Zaim missed call aku banyak kali ? kenapa oh ya aku letak vibrate tadi" katanya dengan penuh kebingungan.
Dia menelefon balik pembantunya dan pembantunya itu terus mengankat.
"Helo Zaim ada apa apa?" kata Kamal kepada Zaim.
"Tuan, saya ada dekat Hospital Shah Alam, Tuan datang cepat ya" pesannya kepada Kamal.
"Baik" lalu terus menutup telefon. Selang berapa minit kemudian, cermin kirinya diketuk perlahan oleh Sarah. Lalu dia membukanya dan duduk bersebelahan dengan Kamal.
Sarah memulakan bicaranya dengan menjelaskan secara terperinci tentang penglibatannya dalam kes ini.
"Okay Kamal, saya tahu mesti awak pelik kan pertambahan ahli dalam mengendalikan kes ini?" tanya Sarah kepada Kamal.
Dia memperkenalkan dirinya kepada Kamal. Dia menjelaskan bahawasanya dia seorang pegawai polis berpangkat Inspektor juga bersama Inspektor Rashid. Dia pernah bertugas dengan Inspektor Rashid yang cawangannya berada di TTDI Jaya, Shah Alam.
"Kamal, saya pernah kerja bersama boss awak tu Inspektor Rashid tetapi sekejap saja, lepastu dia pindah dekat cawangan baru tempat awak tu kan, lepastu tanah runtuh so bangunan korang tengah renovation kan?, jadi dia minta saya assists awak untuk kes ni, kalau tak percaya boleh call dia sekarang." ujar Sarah kepada Kamal.
Kamal mendengar khusyuk dan terus mengeluarkan telefonnya. Terus dia mencari nombor Inspektor Rashid untuk memastikan kenyataan Sarah itu sahih.
"Helo Inspektor saya ada dengan Inspektor Sarah sekarang ni, jadi saya nak Inspektor explain yang saya bekerja dengan dia bukan dengan Zaim ?" tanyanya tanpa berkias lagi.
" Kamal, aku lupa nak bagitahu kau lagi lah sibuk meeting je dengan pihak atasan. Ya Kamal, kau dengan Zaim kerja dengan Sarah. Dia ada team untuk settlekan kes ni, aku rasa kau dah agak kes ni kes berat kan ?, kau tahukan kita kekurangan ahli sekarang ni. " balas Inspektornya kepada Kamal.
"Ya kes ni kes berat Inspektor. Baiklah" lalu terus menutup telefonnya. Sarah terus melebarkan senyuman sinisnya kepada Kamal. Kamal hanya menggelengkan kepala dan terus mengeluarkan kereta menuju ke hospital Shah Alam. Dalam perjalanan itu, Kamal menanyakan soalan kepada Sarah.
"Sarah, kita kerja sama-sama ni kita perlukan kepercayaan ya. So u need to trust me and Zaim pembantu saya tu, boleh?" pintanya kepada Sarah.
"Baik, saya kan polis saya dah bersumpah untuk buat kerja dengan seelok-eloknya, jadi saya perlukan kepercayaan awak juga dalam menjalankan tugasan ini"
"Baik" kata Kamal kepada Sarah.
Zaim yang dari tadi bersama 2 orang forensik lain agak kebingungan kerana dia melihat sekujur mayat lelaki bogel yang terbaring di depannya pergi keluar mengambil udara segar. Dia tidak tahan dengan bau mayat yang baunya seperti setahun di lautan. Dia terus ke tandas dan membasuh mukanya dan terus pergi ke lobi hospital tersebut. Ini merupakan kali pertama dia melihat mayat hidup yang dibuh secara kejam. Dia terus membeli air di mesin gedegang untuk menghilangkan segala imej yang terpampang dalam kepala otaknya. Dalam dia meminum air dengan gelojoh, dia ternampak kereta Detektifnya diparkir dipesisiran jalan. Sudah menjadi kebiasaan hospital awam di Malaysia, jika kawasan tempat meletakkan kenderaan telah penuh, persisiran jalan boleh meletakkan kenderaan cumanya nasiblah kalau kena saman atau tidak.
Dia menunggu Detektifnya datang ke pintu lobi hospital itu kerana dia masih dalam keadaan trauma. Kamal mendekati pembantunya dan menepuk bahu pembantunya untuk sentiasa kekal tenang. Sarah berada bersebelahan dengan Kamal. Zaim berasa pelik kerana Sarah pegawai polis yang berada di tempat kejadian tadi mengikutinya. Mereka bertiga berjalan perlahan ke arah lif kerana ingin menenangkan Zaim pembantunya.
"Eh Tuan, kenapa pegawai polis ni ikut sekali?" tanyanya dengan penuh kebingungan.
"Sarah akan tolong kita dalam case ni sebab kita kekurangan ahli, and dia ada team so kita akan bekerja dalam kumpulan lah ye since case ni kes yang agak berat" katanya sambil menepuk bahu Zaim.
"Ya, Zaim saya akan membantu dengan sebaik mungkin percayalah" kata Sarah sambil matanya melirik ke arah Zaim.
"Okay Tuan, jom ke bilik forensik, saya keluar tadi saya ambil angin" Zaim berkata sambil terbatuk.
" Ke sebab kau trauma 1st time tgk mayat tadi?" guraunya kepada Zaim. Selang kemudian mereka bertiga menaiki lif untuk turun ke bilik forensik.
"Ya Tuan" jawab Zaim dengan penuh malu. Mereka ketiga terus senyum menahan ketawa kerana mereka berada di hospital awam.
Setibanya di bilik forensik itu, dia melihat 2 orang forensik sedang giat menjalankan kerjanya untuk menyiasat kes ini. Segala keterangan ak`n diperdengarkan oleh mereka bertiga. Penerangan itu akan dibuat oleh seorang pegawai lelaki yang sudah lanjut usianya.
"Detektif, saya dah buat segala scanning X-ray and procedure, saya mendapati mayat ini dibunuh dengan menggunakan sebatang pen. Kesan lubang di perut menunjukkan mangsa telah ditikam dengan menggunakan pen. Bukan sebarang pen dapat membunuh badan mangsa ya" kata pegawai itu kepada mereka bertiga.
"Baju yang diconteng oleh si pelaku tu mana" tanya Kamal kepada pegawai forensik itu. Pegawai tersebut hanya menujukkan jari. Pegawai itu menambah.
"Baju yang dipakai oleh mangsa terpaksa kami potong sebenarnya tetapi kami belum lagi membuang. Sempat juga kami menjahit semula baju tu, mana tahu ada clue ke kan?" tambahnya.
Pembantunya Zaim terus mencatit apa-apa butiran penting untuk disiasat semula. Dia mencatit di buku yang selalu dibawa kemana saja untuk dijadikan rujukan kepada Detektif Kamal. Sarah hanya terdiam memerhatikan suasana di bilik forensik itu. Kamal terus menanyakan kepada pegawai forensik tentang gigi mangsa.
"Gigi mangsa macam mana pula, sengaja pelaku tu conteng warna hitam atau macam mana?" tanya Kamal kepada pegawai forensik itu.
Sebelum pegawai forensik itu menjawab, Kamal menyuruh Sarah dan Zaim melihat baju yang dipakai oleh mangsa semasa dibunuh.
"Sarah, awak pergi dengan Zaim tengok baju yang mangsa pakai semasa dibunuh" bisiknya perlahan kepada Sarah.
Sarah mengganguk kepala dan terus mengajak Zaim pergi dengannya untuk melihat keadaan baju itu.
"Gigi mangsa memang si pelaku sengaja mencontengkan dengan warna hitam, mungkin art pembunuh untuk dia dikenali" tambah pegawai forensik itu.
Sambil Kamal memerhatikan perut mangsa ditikam dengan menggunakan sebatang pen. Dia melihat bukan pen biasa yang digunakan, selalu pen biasa mampu mencederakan orang saja tak mampu untuk membunuh. Pen yang digunakan oleh pembunuh itu, pen yang agak mahal pada tahun 90-an. Setelah meneliti dengan dalam lubang tersebut. Dia mengambil sarung tangan getah dan ingin mengeluarkan sesuatu dari perut mayat tersebut. Dia menarik perlahan dengan menggunakan peralatan yang betul. apabila keluar. Dia terkejut melihat sebatang Pen berjenama Mont Blanc Boheme Royal telah dikeluarkan.
Pen yang mahal itu sepatutnya datang dengan warna putih tetapi kini warnanya merah kerana diselaputi oleh darah merah mayat. Terus darah laju keluar dari perut mangsa. Bukan hanya sebatang tetapi 3 batang pen yang telah digunakan.
"Kau dah scan belum badan mayat ni?" tanya Kamal dalam nada bengis
"Dah, tapi saya tak tahu pun ada pen dalam ni, dalam scan ni dia tak tunjuk apa-apa pun" kata pegawai itu kepada Kamal. Kamal tidak berpuas hati dan terus pegi ke arah scanner X-ray tersebut. benar, tiada apa apa pun yang menunjukkan batang pen yang ada di dalam diri mayat.
"Zaim, Sarah ada jumpa apa-apa tak dekat baju tu!"jerit Kamal kepada mereka berdua.
"Kamal, datang sini kejap" Sarah bersuara ketakutan. Kamal terus berjalan menghampiri mereka. Zaim sedang giat menjalankan siasatan di baju mangsa.
"Baju mayat ini semuanya bewarna putih, baju t-shirt dan si pelaku mencontengkan baju ini dengan huruf yang bersepah" kata Zaim dengan tenang kepada Kamal.
"Huruf yang bersepah? Macam mana tu?" tanya Kamal kebingungan. Sarah dalam keadaan yang sama, buntu memikirkan huruf yang tidak dijadikan dalam satu ayat.
"Kalau tgk pada lengan baju mayat, ada huruf J pada lengannya tetapi tulisannya agak kecil" kata Zaim.
"Teruskan Zaim" kata Kamal kepadanya.
"Ada dua huruf A ditulis di bahagian bawah depan baju mangsa saiznya kecil juga. Dan ada contengan bulat pada saiz baju mangsa. Saiz baju mangsa bersaiz XL" kata Zaim kepada pembantunya.
Sedang giat mereka bertiga memecah kebuntuan dalam menyiasat kes ini. Tiba-tiba terdengar suara jeritan panggilan oleh pegawai forensik yang bertugas itu.
"Detektif!!!!!" panggilanya kepada Kamal.
Mereka bertiga terus meluru ke arah pegawai itu. Pegawai tersebut berada dalam ketakutan semasa membersihkan pen dan gigi yang diconteng selang seli. Terdapat 3 batang pen yang mahal ada ditulis pada badan batang pen tersebut dengan huruf.
"Eh ada huruf M, ada E dan huruf N pada gigi depan mangsa, kenapa aku tak nampak awal-awal?" bisik Kamal dihatinya.
"Zaim kau tulis semua ni dalam kertas kita semak ayat ini sama-sama"kata Kamal kepada semua orang yang berada di situ.
Zaim tulis dengan perlahan-lahan. Sarah meneka ayat itu tetapi salah sebutannya. Kamal pula menyebutnya dengan nada yang pelik.
"Menjagal?" katanya dengan perlahan. Semua orang disitu pandang ke-arahnya.
"Menjagal tu ayat apa Tuan? huruf X tu tak perlu pakai pada saiz badan mangsa?"kata Zaim.
"Tak perlu, aku rasa ni ayat lama ni, ayat menunjukkan macam memotong, menghiris semua" katanya seperti mendapat petunjuk baru dari kes ini.
Mereka bertiga terus meluru ke katil besi mangsa berkenaan dan melihat telinga mangsa seolah dihiris dengan pisau.
"Eh pisau yang dia gunakan pisau yang dia baling dekat tong sampah, kesan hirisan melalui pisau tersebut sama" kata Sarah kepada Kamal.
"Rekod semua bukti, kita bawak balik ke pejabat, jangan tinggalkan satu bukti pun, Ini kes berat ni" pesan Kamal kepada Zaim dan Sarah.
"Zaim mayat ni nama sapa?" kata Kamal kepada Zaim.
"Harun bin Husin, umur 25 tahun tinggal dekat area sini je tuan" jawabnya dengan tenang.
"Kau dah trace call dia dah ?" tanya Kamal kepada Zaim.
"Belum lagi Tuan" jawa Zaim.
"Kita kena buat cepat ni, macam ni kita buat dekat pejabat polis Sarah so that kita ada resources yang cukup and senang" cadang Kamal kepada Zaim dan Sarah. Mereka bersetuju dan akan bertemu di pejabat polis yang terletak di kawasan Shah alam pada waktu malam.
"Sarah, lain kali jangan pakai baju polis sangat, saya taknak pembunuh yang ada kat luar ttu nampak kita" pesan Kamal kepada Sarah.
"Baik-baik" katanya dengan sopan. Mereka akan berjumpa pada waktu malam untuk memecahkan kebuntuan kes ini.
bersambung.