Friday, 9 October 2020

Novel Pendek : Metafora Pembunuh (Bab 2)

Tibanya di rumah sewa itu, Amin ada terhidu bau gas yang menyelubungi rumah sewanya itu. Dia terus meletakkan motornya dengan cermat di perkarangan rumah sewa itu lslu terus menuju ke dapur. "Eh, siapa yang tak tutup gas ni?" bisik Amin lalu menutupnya. "Nasib hidung aku ni berfungsi selama aku hidup ni, kalau tak terbakar rumah ni". Namun Amin berasa marah kerana perbuatan cuai ini boleh mengakibatkan kerugian besar di rumah ini. Lalu dia mengeluarkan telefon pintarnya dan memaklumkan dalam group whatsapp rumah sewa. "Siapa yang tak tutup gas lepas masak ni, nasib tak terbakar woi!" ujarnya dalam group itu, lalu menghantarnya. Terkejut dia kerana dalam kes ini, tiada siapa yang mengaku.Oleh itu, Amin sudah malas untuk meneruskan amarahnya kerana dia beranggapan semua manusia sama sahaja bila berbuat salah. Dia terus mengambil air untuk minum kerana dia dalam kehausan. 

Faris, Hamdan dan Wan merupakan tiga orang lagi ahli rumah sewa tersebut. Mereka bertiga rapat kerana mereka belajar dalam satu jurursan yang sama. Jadi, selalunya yang akan bertikam lidah dengan Amin dan Hasri ialah Wan. Pernah sekali ada pertelingkahan lidah antara Amin dan Wan. Ini kerana Wan sering mempersoalkan kualiti corak permainan pasukan Malaysia ketika beraksi di Sukan Sea. Amin tidak gemar untuk mendengar cacian atau makian tentang negara yang dicintainya. Dia beranggapan bahawasanya semua orang mempunyai pendapat untuk didengar, tetapi kebanyakannya hanya tin kosong sahaja. Kadang kala, mereka juga akan bergaduh dengan Wan semasa bermain kad UNO. Ini kerana, Wan selalu menang dalam bermain kad ini. Ada juga kadangkala hampir berlakunya tumbuk menumbuk kerana Wan selalu mencabar tahap kesabaran Amin. Wan merupakan pelajar tahun 3 tapi umurnya setahun muda dengan Amin. Tetapi lagaknya bagaikan Firaun memerintah Mesir pada suatu ketika dahulu. Faris dan Hamdan pula sebaya dengan Wan tetapi mereka sering bertengkar denganya. Ini kerana Wan sering menyalahkan kawanya berdua itu kerana hal yang remeh-temeh. Dalam rumah sewa itu, Wan dianggap sebagai seorang yang penuh ego kerana segala tindak tanduknya semuanya  disangkakan betul belaka. 

"Bring me Haji Bakhil & Tonic! Get Out! Get Out!" bunyi cerita filem Tan Sri P Ramlee menyelbungi ruang kesepian bilik Amin. Amin baring merehatkan diri sambil memandang siling biliknya. Dia tidak menghiraukan cerita yang dibukanya di komputer riba itu. Dia hanya mendengar saja sani kata dari filem itu. Dia akan selalu membuka pelbagai cerita yang telah dia menontonya berjuta kali untuk dia menghidupkan suasana di ruang biliknya. Amin seolah-olah memandang dinding memikirkan masa depannya. Sambil dia memikirkan masa depannya itu, hujan pula turun di kawasan sekitar rumahnya. 

Langit di kawasan rumahnya bertukar warna. Gelap dan kilat sabung menyabung. Amin tersenyum lalu memeluk bantalnya lalu tidur. 

"Amin, woi Amin tolong aku Amin! Amin tolong aku Amin!" suara perempuan teriakan memanggilnya. Dia pandang sekeliling untuk mencari suara itu. "Kau pandang siapa tu Amin?" Ada suara lain yang memanggilnya lagi. "ha ha ha ha" ketawanya lagi. "Amin, tolong aku Amin dia nak bunuh aku Amin" suara teriakan seorang perempuan kedengaran. Dia seperti cam suara itu.

"Maznah! Maznah! kau kat mana tu Maznah!". Dia nampak adiknya itu di ruang tamu rumahnya bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki yang tidak dikenali itu tidak memakai topeng tetapi mengenakan suit seperti dalam cerita John Wick. "Kau pandang adik kau ke Amin?" senyumnya sambil menarik rambut adiknya itu. "Arghhhh" teriak adiknya itu. Entah bagaimana Amin baru hendak memulakan langkah untuk menyelamatkan adiknya, tiba-tiba dia terdengar ketukan pintu. "Amin, Amin bangun Amin." Azman memanggilnya. 

"Wei, bangun jom lepak mamak jom lapar ni" ujarnya. Amin tersedar lalu membuka matanya dan tergelak dari lamunan mimpinya itu. "John Wick ada dalam mimpi aku" bisiknya sambil ketawa. Dia melihat jam pada telefon bimbitnya, dia terkejut kerana dia berasakan dia tidur agak lama tetapi sebenarnya hanya 1 jam sahaja untuk dia berehat. "Eh, pukul 7 dah, dah maghrib" bisiknya lagi. Dengan pantas, dia mengambil tuala untuk mandi dan selepas mandi, dia akan solat asar dan maghrib dahulu sebelum keluar untuk mengisi perutnya. 

Suasana pada malam itu agak tenang dan basah. Perkarangan jalan semuanya kelihatan seperti lembap kerana hujannya pada petang tadi. Bau selepas hujan memberikan ketenangan untuk Amin."Fuh" bisiknya dalam hati.

"Ha, man kau nak makan mana ni? jomlah makan lapar dah ni, perut pun dah bunyi udang" Amin bertanyakan kepada Azman. 

"Haa, udang? kau ni Amin biar betul hahahaha!!"Azmin ketawa lalu Amin pun ketawa kerana lawak hambarnya sering tidak kena dengan mukanya. "Haa, jomlah makan" ujar Amin lagi. 

"okay jom" balas Azman. Mereka berdua mengenakan baju yang simple untuk senang mereka keluar makan. Azman menunggu Amin di bawah untuk mereka pergi bersama-sama. Setelah Azman nampak susuk tubuh Amin di luar perkarangan rumah sewanya itu. Azman bertanyakan soalan kepada Amin. 

"Eh Amin, kau dah taknak pakai kain ke bila keluar ?" Azman bertanya. Amin terus senyum dan mengeluarkan kata kesat kepada Azman. 

Mereka berdua terus menghidupkan motor mereka itu sambil menunggu enjinnya panas. Dalam pada menunggu enjin panas. Mereka berdua terdengar suara Wan yang ingin mengirimkan makanan. Amin menyuruh Azman untuk terus cabut. 

"Man, jom ah Man jom lah, bodoh ada motor pun suruh orang kirim malas aku asyik dia sorang je betul" ujar Amin kepada Azman. Azman mengganguk lalu terus bergerak ke tempat makan yang disukainya. 

"Selamat kita tiba di tempat makan ye" ujar Amin kepada Azman. Restoran Hakim merupakan tempat biasa untuk Amin dan Azman makan malam.Di Universiti, dia selalu bersama Salim tetapi kerana kekangan masa dan keluarga Amin faham tentang keadaan Salim. Jadi untuk aktiviti makan malam dan sebagainya, Azman selalu ada bersama dengan Amin. Walaupun dia selalu rapat dengan Hasri bila bermain futsal, namun dia juga rapat dengan Amin. Amin gemar juga bermain futsal cuma waktunya untuk bermain futsal dengan Hasri dan Azman tidak kena. Kadang kala ada tugasan yang perlu disiapkan secepat mungkin. Mungkin pada masa akan datang, dia akan bermain seperti dulu. 

" haah, sempat kita makan kita minum, lepastu tengok final piala malaysia ke apa" ujar Azman kepada Amin. Mereka berdua duduk di luar kawasan Restoran Hakim kerana angin yang begitu tenang dan restoran itu telah membuka skrin besar bagi sesiapa saja yang ingin menonton perlawanan bola sepak. Seorang pelayan di restoran itu terus datang dan mengambil pesanan mereka berdua. Amin dan Azman tanpa memikir panjang mereka berdua mengambil makanan yang sama iatu mee goreng mamak dan air pula berlainan. Amin memesan air sirap dan Azman pula memesan air extra joss anggur. Dalam beberapa minit kemudian air mereka telah sampai. 

"Haah lah!, ada bola kan. baiklah ada bola, Main dekat Stadium Shah Alam kan?" tanya Amin sambil minum air sirap yang dipesanya tadi. "Ye lah, nak buat dekat Stadium Bukit Jalil, sekarang tgh renovate apa semua" ujar Azman. 

"Lagipun aku rasa best buat kat Shah Alam ni, sebabnya kalau kau tengok peta kan dan kau tengok berapa ramai yang kerja kat kawasan lembah klang, kau akan rasa Shah Alam ini strategik" ujarnya. "Kau tengok lagi dengan student tak kisah lah IPTA dengan IPTS dekat sini, banyakkan?. Jadi, bagi aku Shah Alam ni memang cun lah kalau ada apa-apa event" sambungnya lagi. Amin tergamam mendengar penjelasan Azman. Ini kerana dia berpendapat bahawasanya Azman merupakan seorang yang suka bersukan, jenis suka bersosial dan tidak mementingkan apa-apa yang berlaku di negara ini. Rupa-rupanya sangkaannya salah kerana Hasri pernah menceritakan perihal Azman kepada Amin. 

"Azman memang macam tu Amin, kau tanya satu dia jawab 10, kalau kau nak bincang dengan dia best lah sebab dia ni ada lah jugak isi sikit. Dia suka explain apa yang dia tahu dekat orang. Bestlah" Amin teringat kata-kata Hasri tentang Azman. "Amin, bola dah start tu" pesan Azman kepada Amin. Sedang Amin khusyuk menonton perlawanan akhir di skrin, bahunya dilanggar kasar menyebabkan fokusnya terhenti seketika. Dia melirik matanya ke kanan untuk melihat siapa pelakunya. Seorang lelaki 40-an berbaju hitam lengkap dengan warna seluar yang sama memandang ke arahnya dan tersenyum sebaik sahaja mereka berbalas pandangan. Kemudian lelaki tersebut menyambung langkah ke meja dan melabuhkan punggung di atas kerusi. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku antara mereka berdua. Daripada matanya sebentar tadi ralit ke skrin, kini berpindah kepada lelaki yang melanggarnya tadi. Hatinya berbisik,"eh, kenapa muka pakcik ini macam pernah aku lihat, tetapi dimana ya? imaginasi aku kot". Amin mengalihkan semula pandangannya ke arah skrin besar di restoran itu. Sebaik sahaja Amin kembali fokus menonton perlawanan, lelaki berumur 40-an itu dalam diam memandang ke arahnya.   

Suasana agak riuh rendah di restoran itu kerana ada perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan Selangor dan pasukan Kedah. Kedua pasukan ini mempunyai sejarah tersendirinya. Banyak pengulas sukan di negara ini mengatakan bahawasanya dalam kertas Selangor akan menang kerana sejarah piala dan pemain-pemain Selangor ini mempunyai kualiti masing-masing. Tidak kurang hebatnya dengan pasukan Kedah yang dibarisi oleh pemain import dan tempatan yang mantap. Jadi tidak kira betapa hebatnya pengulas sukan mengutarakan pendapat mereka tentang perlawanan pada malam ini, semuanya akan ditentukan sebaik saja wisel bermula untuk 90 minit akan datang. Ini kerana pentas final merupakan perlawanan yang berbeza. Tekanan yang dirasai oleh pemain, suasana stadium itu hadir dengan penuh sorakan serta chant dari pasukan masing-masing. Kegugupan pemain boleh dirasai jika mereka bermain seawal minit pertama sehingga minit ke-30. Atau sebaliknya. Ini kerana, setiap pemain mempunyai tahap mental yang berbeza-beza. Jadi sikap proffesional mereka sahaja yang akan menenangkan para pemain ketika beraksi. 

"Prrriiiiittt" Wisel berbunyi. Semua mata di restoran itu tertumpu pada perlawanan akhir itu. Suasana ini seperti menonton perlawanan pasukan kebangsaan. Di sini juga kita boleh lihat betapa ramainya penyokong yang menyokong ketika menang dan akan maki ketika kalah. "Eh bangsat betul lah kau main" ada suara beberapa penyokong yang hadir berasa tidak puas hati akan prestasi pemain pasukan mereka iatu Selangor. Jika ada berlaku kekasaran dalam perlawanan itu, maka timbullah segala ayat makian yang akan dikeluarkan oleh para penonton. 

"Goaaaaaaaalllll" jeritan padu oleh penonton di restoran hakim itu menggamat suasana sepi pada ketika itu. Jam telah menujukkan pukul 10 malam dan perlawanan akan direhatkan untuk separuh masa yang kedua. Mata Amin melihat ke arah seberang jalan. Di situ,dia ternampak ada sekatan jalan raya menuju ke rumah sewanya. Amin pelik dan perasaannya tidak menyenangkan lalu dia mengajak Azman untuk pulang ke rumah sewanya. Azman menggaguk tanda setuju kerana dia pun sudah malas menonton bola kerana ada segelintir penonton di restoran itu membuat bising dengan mengeluarkan fakta yang tidak tepat tentang perlawanan tersebut. Sedang Amin dan Azman ingin menghabiskan air minuman mereka. Tiba-tiba sahaja lelaki misteri ini menjerit setelah perlawanan masuk kepada separuh masa kedua. 

"Bodohlah Selangor ni, dah kalah nak main passing pulak, mana tak goal"jerit lelaki 40-an itu.

"Diamlah, orang nak tengok bola ni kalau kau pandai main kenapa kau je tak main, oh lupa kau dah tua!" balas penonton yang duduk meja bersebelahan kepada lelaki 40-an itu. 

Lalu mereka bertengkar kerana dalam pertelingkahan mereka, ada perkara yang tidak disenangi oleh lelaki 40-an itu. 

Hampir bergaduh juga tadi di meja makan mereka akibat mulut celupar lelaki 40-an. Mata Amin sekali lagi memerhatikan pertengkaran yang berlakunya tadi. Pelayan di restoran itu terpaksa menenangkan antara lelaki 40-an itu dengan beberapa penonton yang lain. Walaupun keadaan tenang kembali, Ada perasaan yang kurang senang yang dialami oleh Amin semenjak masuknya dia di restoran itu. Seolah-olah ada yang memerhati tetapi tidak tahu pelakunya.  Setelah Amin dan Azman beredar, lelaki 40-an itu terus senyap dan menonton dengan hati yang tenang. Semasa Amin dan Azman berada behampiran dengan motor mereka. Terdengar satu suara yang garau dari arah belakang mereka. 

"Bro, terima kasihlah kerana cabut dengan awal, menyemak aku tengok muka korang ni"

Mendengar sahaja suara tersebut, Amin dengan segera menoleh kebelakang untuk mencari siapakah pemilik suara tersebut. Azman menghiraukan sahaja suara itu. Sebaik sahaja Amin menoleh, pandanganya terkunci pada satu figura berdiri kira-kira 100 meter dibelakangnya. Amin yakin bahawa figura tersebut adalah pemilik suara yang menempeleknya tadi, lelaki berusia 40-an. 

"Eh, kenapa pakcik ni? dia ikut aku ke?"bisik hati kecil Amin.

Sambil dia berfikir, dia mengorak langkah meuju ke arah lelaki misteri tersebut. Melihat Amin cuba pergi ke arahnya, lelaki misteri itu terus meninggalkannya. Langkah Amin terhenti apabila Azman menegurnya,

"Eh Amin, kenapa kau tercegat dekat situ? kata tadi nak balik." Mendengar sahaja kata daripada Azman, Amin terus meluru ke motornya dan menghidupkan enjin motor. 

Sedang mereka berada di atas jalan raya untuk pulang ke rumah sewa, kepala Amin dari tadi tidak lepas memikirkan tentang lelaki 40-an tersebut. 

Mengapakah lelaki tersebut berkata begitu? Siapakah gerangan lelaki tersebut? 

Semakin lama semakin banyak tanda tanya yang timbul di benak fikiranya 


                                                    Gambar hiasan yang menujukkan lelaki 40-an itu

bersambung...

No comments:

Taksiran Puisi: Hanya Melihat Buta