Friday, 25 December 2020
Taksiran Puisi: Hanya Melihat Buta
Monday, 14 December 2020
Taksiran Puisi: Kota Berasap
Novel Pendek: Metafora Pembunuh (Bab 4)
Masih pada hari pertama kejadian pada waktu malam.
Bulan pada malam itu sungguh terang menerangi kawasan bandar Damansara Jaya itu. Lebuhraya yang berada di belakang rumahnya sekitar 500m itu sesak dengan kesesakkan kenderaan. Lampu di kawasan kejiranan membantu juga memberi sinar pada malam itu. Dalam pada itu, Kamal sudah siap mengenakan t-shirt biasa bersama sweater dibawanya ke dalam kereta. Segala fail tentang kes petang tadi telah diserahkan kepada Sarah untuk disiasat bersama mereka bertiga. Dia terus menghidupkan enjin dan terus beredar laju meninggalkan kawasan kejiranannya. Kejadian petang tadi semasa menyiasatkan kes pembunuhan yang agak pelik dan kejam ini masih terngiang-ngiang kepalanya. Fokus terhadap memandu agak terganggu seketika kerana imej di kepalanya masih teringat akan suasana di tempat kejadian, butiran-butiran kecil tentang pembunuhan tadi dan sebagainya. Ini membuatkan kepalanya agak bercelaru dan berapa kali dia asyik menggaru rambutnya yang telah disikat rapi sebentar tadi.
Pergerakan kereta di lebuh raya agak sibuk kerana lebuh raya di kawasan Damansara agak sesak dan ini membuatkan masa Kamal agak lari dari sepatutnya. Dalam situasi tersebut, terpaksalah dia mencari jalan-jalan shortcut untuk sampai ke destinasi dengan cepat. Sebelum hendak mencari jalan yang shortcut, tiba-tiba sahaja pergerakan kenderaan di lebuh raya itu lancar dan semuanya bergerak seperti biasa. Kamal tersenyum dan meneruskan perjalanannya ke arah yang dituju.
"Biasa lah tu, nasib kereta bergerak walaupun jem, kalau duduk stuck macam batu, tak jalan jugak nanti" bisik Kamal dalam hati sambil tersenyum.
Dalam perjalananya, dia sempat berhenti di stesen minyak untuk mengisi tangki kenderaannya dan membeli sebotol air minuman dan beberapa jajan untuk dibawa ketika kes siasatan dijalankan. Sesudah sampai ke destinasinya iatu di pejabat Sarah di kawasan sekitar balai polis Shah Alam, Kamal melihat kereta Sarah telah sampai dan beberapa orang ahli yang lain yang bekerja di bawah Inspektor Sarah. Suasana malam di perkarangan kawasan tersebut dibantu oleh beberapa tiang lampu yang sedia ada untuk menyinarkan kawasan tersebut. Kamal masuk dan meletakkan kenderaanya di pejabat berdekatan dan terus mencari Sarah. Jam di tangannya menunjukkan pukul 9.30 malam dan dia berasa pelik kerana pembantunya Zaim masih belum berada di tempatnya. Lalu dia mengambil telefon bimbitnya dan terus call pembantunya.
"Hello, Zaim dah 9.30 dah ni. Mana kau? Kau tak datang ke ?" tanya Kamal dengan nada marah.
"Hello Tuan, saya dalam perjalanan sudah sampai dekat Shah Alam tapi saya isi minyak sekarang ni." balasnya dengan tenang.
"Okay baik". ujar Kamal lalu menutup telefonnya. Selang beberapa minit kemudian, Kamal memasuki ruangan lobi di balai polis dan duduk. Dia seolah kebingungan kerana Inspektor Sarah tidak memunculkan dirinya pada malam itu. Dia terus bertanyakan kepada beberapa petugas polis yang bertugas pada waktu malam tentang Inspektor Sarah.
Kamal bingkas bangun dari tempat duduk lalu bertanyakan kepada polis perempuan yang bertugas pada malam itu.
"Puan, ada nampak Inspektor Sarah tak?" tanyanya dengan lembut.
"Inspektor Sarah, awak siapa ye?" tanya polis perempuan itu dengan nada serius.
"Saya Detektif Kamal bekerja dengan Inspektor Sarah untuk kes pasal pen tu" jawab nya dengan penuh sopan.
" Oh kamu Detektif Kamal dengan Detektif Zaim kan ?" suara polis perempuan itu bertukar dari nada serius ke nada yang sopan.
"Ya" jawab Kamal dengan tenang.
Selang beberapa minit kemudian, suara yang agak ayu dan sopan muncul dibelakangnya. Inspektor Sarah memanggil Kamal dengan nada yang hormat.
"Kamal" panggilnya. Kamal memalingkan badannya yang kurus itu. Lalu dia tersenyum kerana melihat panggilan itu daripada orang yang dikenalinya.
"Sarah, mana awak pergi tadi, cari awak sebenarnya tadi ye lah nak buat kerja bersama kan?" katanya.
" Oh saya ada masalah tadi dekat rumah saya blackout kejap pulak rumah saya" balas Sarah.
Selang beberapa minit mereka berbual, pembantunya Zaim telah berada berhadapan dengan pintu lobi balai polis.
' Ha tu pun Zaim dah sampai, mari kita memulakan kerja" katanya kepada Sarah.
Selang mereka berjalan ke arah bilik khas untuk melakukan siasatan. Sarah, Zaim dan Kamal berbual tentang kejadian petang tadi. Dan mereka bertiga merasakan kes ini agak berat untuk diselesaikan. Mereka ada juga berbual tentang perkara lain seperti masalah sosial masyarakat kita.
"Makin lama saya tengok anak muda kita, makin senang mereka terdedah dengan macam-macam" kata Kamal dengan penuh keraguan tentang anak muda untuk generasi akan datang.
"Itulah media sosial sekarang, macam macam perkara ada, sikit sikit viral, ada juga bagus ada juga yang tak bagus. Yang tak bagus tu macam keluarkan fake news lah kalau dalam keadaan yang agak genting lah" balas Sarah dengan nada bersetuju dengan keluhan Kamal.
Zaim yang dari tadi hanya bermain telefonnya menghiraukan dengan perbualan mereka berdua.
"Yang penting kita jalankan tugas kita, undang-undang tak kenal sesiapa " balas Kamal dengan nada bersemangat. Sarah hanya tersenyum.
Dalam beberapa minit berjalan sambil berborak tentang keadaan semasa, mereka bertiga telah tiba di satu bilik khas untuk menyiasat kes pembunuhan ini. Di dalam bilik itu, terdapat 2 orang pembantu Inspektor Sarah yang sibuk meneliti segala terperinci dalam kes tersebut. Sarah terus masuk dan memperkenalkan 2 orang pembantunya itu. 2 orang lelaki ini senang dikenali oleh Kamal. Ini kerana ada perbezaan figura badan antara mereka berdua. Lantas dengan itu Inspektor Sarah terus memperkenalkan pembantunya kepada Kamal dan Zaim.
"Okay, Kamal kita ada 2 assistant saya yang mungkin dapat membantu dalam kes ini, Yang pertama yang berbadan tegap serta macho ini nama dia ialah Zamri, boleh panggil Bob. Yang seorang lagi yang kecil tapi berbisa ini nama dia ialah Osman panggil Man . Bob merupakan pakar jugak dalam bahagian IT. Ada degree dalam Computer Science and pandai belasah orang. Kalau Man ni degree in social science tapi dia pandai blend in dalam apa jua situasi sekalipun " Sarah menerangkan perihal pembantunya kepada Kamal
Sejurus Sarah memperkenalkan rakan baru dalam tugasan ini, Kamal dan Zaim terus bersalaman kepada mereka berdua dan terus fokus untuk menyelesaikan kes ini.
Dalam ruangan bilik itu, terdapat beberapa papan putih, 2 komputer dan tiada fail yang ada disekeliling bilik itu.Terdapat juga projektor dan skrin didalam bilik khas ini. Ini kerana kes ini seperti baru dan pembunuhannya amat dasyat sekali. Jadi ada satu fail yang ada menunjukkan tentang kes yang sama dengan kes yang dialami petang tadi. Zaim bersuara kerana ingin cepat melakukan siasatan. Ada 4 buah lampu putih yang dapat menerangkan segala ruangan di bilik ini. Dan ada juga mesin air Coway untuk diminum ketika dahaga.
"Okay, jangan formal sangat, Aku Zaim seorang detektif juga tetapi pembantu untuk Detektif Kamal. Okay kita fokus sekarang ye" kata Zaim kepada semua yang mendengarnya di bilik itu.
Semua hanya mengganguk tanda setuju.
Tanpa melengah masa, Zaim memasukkan pen drive dan terus memancarkan skrin ke projektor untuk menujukkan dengan teliti tentang kes ini. Dia juga ada menulis dia papan putih tentang kes pembunuhan petang tadi.
"Kes Pen" Itu saja yang dia tulis di papan tulis berdekatan.
Dia terus memulakan penerangan tentang kejadian apa yang berlaku pagi tadi.
"Petang tadi, ada kes pembunuhan yang menggunakan pen dan semuanya hanya dicucuk, ditusuk di perut mangsa. Dan di baju mangsa seperti ada mesej tentang apa yang dibuat itu berdasarkan aktiviti yang dia buat pada waktu itu, tetapi ayat itu merupakan ayat yang sinonim dengan ayat pembunuhan. Gigi mangsa pun ada contengan pen serta pisau yang ada untuk distract kita dalam kes ini" terang Zaim dalam diskusinya.
"Pen yang ditusuk itu bukan harga cap ayam ye, tetapi harga yang mahal ye" tambah Zaim. Lantas dia terus meneruskan slide gambar pen yang ditusuk dalam kes ini.
Pembantu Sarah seakan ngeri melihat kesan tusukan yang ada di mangsa itu. Osman tiba-tiba bersuara
"Tergamak gila buat perut orang dengan gigi macam tu, ini kerja setan ini!" tempelak Osman. Zamri hanya diam membisu.
Zaim tiba-tiba takut untuk menerangkan lebih lanjut tentang pembunuhan ini. Kerongkongnya seumpama tersekat kerana menahan keseriauan dalam membentangkan kes ini.
"Tetapi rasanya ini bukan kes yang baru."Zaim menambah dengan nada yang perlahan.
Kesemua yang ada dalam bilik itu diam membisu mendengar pendedahan baru Zaim sebentar tadi. Zaim terus menunjukkan paparan kes sebelum ini di projectornya.
Kamal yang hanya diam dari tadi sambil minum air sejuk tiba-tiba tersentak mendengar keterangan dari pembantunya, terus matanya tajam melihat ke arah skrin kerana dia berasakan kes ini seperti kes pertama. Rupa-rupanya kes ini adalah kes kedua kerana apa yang akan dibincangkan adalah kes pertama si pelaku ini telah lakukan. Kamal ingin marah pada pembantunya tetapi dia terfikir sejenak kerana dia teringat tentang fail yang diberikan oleh Inspektor Rashid, tetapi dia terlupa untuk meneliti kerana sibuk dengan kejadian petang tadi.
Zaim yang sudah kenal lagak Detektif Kamal memandang itu lalu terus fokus membentangkan kes pertama tersebut.
"Kes ini berlaku dalam 2 hari yang lepas, dimana pembunuh ini telah membunuh seorang lelaki berusia 30-an. Merupakan seorang bangsawan yang berasal dari sekitar Shah Alam dan memiliki di Galeri di Seksyen 7. Terbunuh di dalam rumahnya sendiri kerana waktu beliau berada di rumah, orang terdekatnya tiada kerana semua pulang ke kampung hanya dia dan drivernya sahaja yang ada di rumah"
"Driver dia yang report dekat polis tentang pembunuhan ini dan nanti saya bacakan keterangan dia"
Zaim dengan itu membacakan keterangan daripada driver bangsawan ini .
"Pada hari Ahad, seperti biasa saya menghantar Encik Sigeragar ke tempat studionya dan meminta beliau untuk menemaninya dalam studio tersebut. Semuanya seperti biasa dan normal sehingga balik rumah pada petang itu. Saya turut mengemas halaman rumah serta mencuci kereta kerana ingin kelihatan bersih. Pada malam itu, kelihatan ada seorang berbadan saiz biasa cuma badan figuranya hanya hitam sehitamnya.
"Pembunuh pula telah conteng dengan menggunakan darah dekat gambar mangsa dengan membulatkan di hidung"
"Sambil itu dia ada menulis sebuah kiasan tentang sesuatu, dan berbunyi seperti dendam kesumat terhadap seseorang" bilang Zaim dengan nada ingin tahu tentang kes ini dengan mendalam.