Monday, 14 December 2020

Novel Pendek: Metafora Pembunuh (Bab 4)

Masih pada hari pertama kejadian pada waktu malam. 

Bulan pada malam itu sungguh terang menerangi kawasan bandar Damansara Jaya itu. Lebuhraya yang berada di belakang rumahnya sekitar 500m itu sesak dengan kesesakkan kenderaan. Lampu di kawasan kejiranan membantu juga memberi sinar pada malam itu. Dalam pada itu, Kamal sudah siap mengenakan t-shirt biasa bersama sweater dibawanya ke dalam kereta. Segala fail tentang kes petang tadi telah diserahkan kepada Sarah untuk disiasat bersama mereka bertiga. Dia terus menghidupkan enjin dan terus beredar laju meninggalkan kawasan kejiranannya. Kejadian petang tadi semasa menyiasatkan kes pembunuhan yang agak pelik dan kejam ini masih terngiang-ngiang kepalanya. Fokus terhadap memandu agak terganggu seketika kerana imej di kepalanya masih teringat akan suasana di tempat kejadian, butiran-butiran kecil tentang pembunuhan tadi dan sebagainya. Ini membuatkan kepalanya agak bercelaru dan berapa kali dia asyik menggaru rambutnya yang telah disikat rapi sebentar tadi. 

Pergerakan kereta di lebuh raya agak sibuk kerana lebuh raya di kawasan Damansara agak sesak dan ini membuatkan masa Kamal agak lari dari sepatutnya. Dalam situasi tersebut, terpaksalah dia mencari jalan-jalan shortcut untuk sampai ke destinasi dengan cepat. Sebelum hendak mencari jalan yang shortcut, tiba-tiba sahaja pergerakan kenderaan di lebuh raya itu lancar dan semuanya bergerak seperti biasa. Kamal tersenyum dan meneruskan perjalanannya ke arah yang dituju. 

"Biasa lah tu, nasib kereta bergerak walaupun jem, kalau duduk stuck macam batu, tak jalan jugak nanti" bisik Kamal dalam hati sambil tersenyum. 

Dalam perjalananya, dia sempat berhenti di stesen minyak untuk mengisi tangki kenderaannya dan membeli sebotol air minuman dan beberapa jajan untuk dibawa ketika kes siasatan dijalankan. Sesudah sampai ke destinasinya iatu di pejabat Sarah di kawasan sekitar balai polis Shah Alam, Kamal melihat kereta Sarah telah sampai dan beberapa orang ahli yang lain yang bekerja di bawah Inspektor Sarah. Suasana malam di perkarangan kawasan tersebut dibantu oleh beberapa tiang lampu yang sedia ada untuk menyinarkan kawasan tersebut. Kamal masuk dan meletakkan kenderaanya di pejabat berdekatan dan terus mencari Sarah. Jam di tangannya menunjukkan pukul 9.30 malam dan dia berasa pelik kerana pembantunya Zaim masih belum berada di tempatnya. Lalu dia mengambil telefon bimbitnya dan terus call pembantunya. 

"Hello, Zaim dah 9.30 dah ni. Mana kau? Kau tak datang ke ?" tanya Kamal dengan nada marah. 

"Hello Tuan, saya dalam perjalanan sudah sampai dekat Shah Alam tapi saya isi minyak sekarang ni." balasnya dengan tenang.

"Okay baik". ujar Kamal lalu menutup telefonnya. Selang beberapa minit kemudian, Kamal memasuki ruangan lobi di balai polis dan duduk. Dia seolah kebingungan kerana Inspektor Sarah tidak memunculkan dirinya pada malam itu. Dia terus bertanyakan kepada beberapa petugas polis yang bertugas pada waktu malam tentang Inspektor Sarah. 

Kamal bingkas bangun dari tempat duduk lalu bertanyakan kepada polis perempuan yang bertugas pada malam itu. 

"Puan, ada nampak Inspektor Sarah tak?" tanyanya dengan lembut. 

"Inspektor Sarah, awak siapa ye?" tanya polis perempuan itu dengan nada serius. 

"Saya Detektif Kamal bekerja dengan Inspektor Sarah untuk kes pasal pen tu" jawab nya dengan penuh sopan. 

" Oh kamu Detektif Kamal dengan Detektif Zaim kan ?" suara polis perempuan itu bertukar dari nada serius ke nada yang sopan. 

"Ya" jawab Kamal dengan tenang. 

Selang beberapa minit kemudian, suara yang agak ayu dan sopan muncul dibelakangnya. Inspektor Sarah memanggil Kamal dengan nada yang hormat. 

"Kamal" panggilnya. Kamal memalingkan badannya yang kurus itu. Lalu dia tersenyum kerana melihat panggilan itu daripada orang yang dikenalinya. 

"Sarah, mana awak pergi tadi, cari awak sebenarnya tadi ye lah nak buat kerja bersama kan?" katanya. 

" Oh saya ada masalah tadi dekat rumah saya blackout kejap pulak rumah saya" balas Sarah. 

Selang beberapa minit mereka berbual, pembantunya Zaim telah berada berhadapan dengan pintu lobi balai polis. 

' Ha tu pun Zaim dah sampai, mari kita memulakan kerja" katanya kepada Sarah. 

Selang mereka berjalan ke arah bilik khas untuk melakukan siasatan. Sarah, Zaim dan Kamal berbual tentang kejadian petang tadi. Dan mereka bertiga merasakan kes ini agak berat untuk diselesaikan. Mereka ada juga berbual tentang perkara lain seperti masalah sosial masyarakat kita. 

"Makin lama saya tengok anak muda kita, makin senang mereka terdedah dengan macam-macam" kata Kamal dengan penuh keraguan tentang anak muda untuk generasi akan datang. 

"Itulah media sosial sekarang, macam macam perkara ada, sikit sikit viral, ada juga bagus ada juga yang tak bagus. Yang tak bagus tu macam keluarkan fake news lah kalau dalam keadaan yang agak genting lah" balas Sarah dengan nada bersetuju dengan keluhan Kamal. 

Zaim yang dari tadi hanya bermain telefonnya menghiraukan dengan perbualan mereka berdua. 

"Yang penting kita jalankan tugas kita, undang-undang tak kenal sesiapa " balas Kamal dengan nada bersemangat. Sarah hanya tersenyum. 

Dalam beberapa minit berjalan sambil berborak tentang keadaan semasa, mereka bertiga telah tiba di satu bilik khas untuk menyiasat kes pembunuhan ini. Di dalam bilik itu, terdapat 2 orang pembantu Inspektor Sarah yang sibuk meneliti segala terperinci dalam kes tersebut. Sarah terus masuk dan memperkenalkan 2 orang pembantunya itu. 2 orang lelaki ini senang dikenali oleh Kamal. Ini kerana ada perbezaan figura badan antara mereka berdua. Lantas dengan itu Inspektor Sarah terus memperkenalkan pembantunya kepada Kamal dan Zaim. 

"Okay, Kamal kita ada 2 assistant saya yang mungkin dapat membantu dalam kes ini, Yang pertama yang berbadan tegap serta macho ini nama dia ialah Zamri, boleh panggil Bob. Yang seorang lagi yang kecil tapi berbisa ini nama dia ialah Osman panggil Man . Bob merupakan pakar jugak dalam bahagian IT. Ada degree dalam Computer Science and pandai belasah orang. Kalau Man ni degree in social science tapi dia pandai blend in dalam apa jua situasi sekalipun " Sarah menerangkan perihal pembantunya kepada Kamal 

Sejurus Sarah memperkenalkan rakan baru dalam tugasan ini, Kamal dan Zaim terus bersalaman kepada mereka berdua dan terus fokus untuk menyelesaikan kes ini.

Dalam ruangan bilik itu, terdapat beberapa papan putih, 2 komputer dan tiada fail yang ada disekeliling bilik itu.Terdapat juga projektor dan skrin didalam bilik khas ini. Ini kerana kes ini seperti baru dan pembunuhannya amat dasyat sekali. Jadi ada satu fail yang ada menunjukkan tentang kes yang sama dengan kes yang dialami petang tadi. Zaim bersuara kerana ingin cepat melakukan siasatan. Ada 4 buah lampu putih yang dapat menerangkan segala ruangan di bilik ini. Dan ada juga mesin air Coway untuk diminum ketika dahaga. 

"Okay, jangan formal sangat, Aku Zaim seorang detektif juga tetapi pembantu untuk Detektif Kamal. Okay kita fokus sekarang ye" kata Zaim kepada semua yang mendengarnya di bilik itu. 

Semua hanya mengganguk tanda setuju. 

Tanpa melengah masa, Zaim memasukkan pen drive dan terus memancarkan skrin ke projektor untuk menujukkan dengan teliti tentang kes ini. Dia juga ada menulis dia papan putih tentang kes pembunuhan petang tadi. 

"Kes Pen" Itu saja yang dia tulis di papan tulis berdekatan. 

Dia terus memulakan penerangan tentang kejadian apa yang berlaku pagi tadi. 

"Petang tadi, ada kes pembunuhan yang menggunakan pen dan semuanya hanya dicucuk, ditusuk di perut mangsa. Dan di baju mangsa seperti ada mesej tentang apa yang dibuat itu berdasarkan aktiviti yang dia buat pada waktu itu, tetapi ayat itu merupakan ayat yang sinonim dengan ayat pembunuhan. Gigi mangsa pun ada contengan pen serta pisau yang ada untuk distract kita dalam kes ini" terang Zaim dalam diskusinya.

"Pen yang ditusuk itu bukan harga cap ayam ye, tetapi harga yang mahal ye" tambah Zaim. Lantas dia terus meneruskan slide gambar pen yang ditusuk dalam kes ini. 

Pembantu Sarah seakan ngeri melihat kesan tusukan yang ada di mangsa itu. Osman tiba-tiba bersuara 

"Tergamak gila buat perut orang dengan gigi macam tu, ini kerja setan ini!" tempelak Osman. Zamri hanya diam membisu. 

Zaim tiba-tiba takut untuk menerangkan lebih lanjut tentang pembunuhan ini. Kerongkongnya seumpama tersekat kerana menahan keseriauan dalam membentangkan kes ini. 

"Tetapi rasanya ini bukan kes yang baru."Zaim menambah dengan nada yang perlahan.

Kesemua yang ada dalam bilik itu diam membisu mendengar pendedahan baru Zaim sebentar tadi. Zaim terus menunjukkan paparan kes sebelum ini di projectornya. 

Kamal yang hanya diam dari tadi sambil minum air sejuk tiba-tiba tersentak mendengar keterangan dari pembantunya, terus matanya tajam melihat ke arah skrin kerana dia berasakan kes ini seperti kes pertama. Rupa-rupanya kes ini adalah kes kedua kerana apa yang akan dibincangkan adalah kes pertama si pelaku ini telah lakukan. Kamal ingin marah pada pembantunya tetapi dia terfikir sejenak kerana dia teringat tentang fail yang diberikan oleh Inspektor Rashid, tetapi dia terlupa untuk meneliti kerana sibuk dengan kejadian petang tadi. 

Zaim yang sudah kenal lagak Detektif Kamal memandang itu lalu terus fokus membentangkan kes pertama tersebut. 

"Kes ini berlaku dalam 2 hari yang lepas, dimana pembunuh ini telah membunuh seorang lelaki berusia 30-an. Merupakan seorang bangsawan yang berasal dari sekitar Shah Alam dan memiliki di Galeri di Seksyen 7. Terbunuh di dalam rumahnya sendiri kerana waktu beliau berada di rumah, orang terdekatnya tiada kerana semua pulang ke kampung hanya dia dan drivernya sahaja yang ada di rumah"

"Driver dia yang report dekat polis tentang pembunuhan ini dan nanti saya bacakan keterangan dia"

Zaim dengan itu membacakan keterangan daripada driver bangsawan ini .

"Pada hari Ahad, seperti biasa saya menghantar Encik Sigeragar ke tempat studionya dan meminta beliau untuk menemaninya dalam studio tersebut. Semuanya seperti biasa dan normal sehingga balik rumah pada petang itu. Saya turut mengemas halaman rumah serta mencuci kereta kerana ingin kelihatan bersih. Pada malam itu, kelihatan ada seorang berbadan saiz biasa cuma badan figuranya hanya hitam sehitamnya. 

"Pembunuh pula telah conteng dengan menggunakan darah dekat gambar mangsa dengan membulatkan di hidung" 

"Sambil itu dia ada menulis sebuah kiasan tentang sesuatu, dan berbunyi seperti dendam kesumat terhadap seseorang" bilang Zaim dengan nada ingin tahu tentang kes ini dengan mendalam. 

" Dalam anak agus ada afwah, 
  Dalam baik ada palsu 
  Bukan raja untuk tulah
  Darah mengalir satu-satu"

Semua mata didalam bilik khas itu, tertumpu kepada ayat yang telah dibentangkan tadi. Semuanya diam dan tersentak kerana kes ini seperti ada dendam yang membara. 

"Oh, shit" Osman dan Zamri mengeluh dengan perlahan. Sarah yang mendengar keluhan itu lalu menegur mereka. 

"Hey, kamu berdua okay ke? berani lagi tak nak step up dalam kes ni ? tanya Sarah dengan nada bengang kepada pembantunya. 

"All good boss, cuma bila dia bagi serangkap puisi atau ayat tu, dia macam nak takutkan kita" kata Zamri dengan yakin. Osman hanya mengganguk sahaja. 

" Dia ingat dia sapa, Jack the Ripper ke? itu lagi ganas tu. Entah-entah dia ni confirm kaki tengok DVD ni " tambah Osman. Mereka berdua ketawa walaupun dalam keadaan tengah genting. Kamal yang hanya diam kerana kepalanya masih memikirkan teka teki kes ini dan mendengar gelak tawa mereka berdua yang bising itu terus membuatkan emosinya tidak terkawal. Dia terus mengetuk mejanya dengan kuat.

"Pembunuh kat luar tengah syok fikir next step untuk bunuh orang seterusnya, sekarang korang dua boleh gelak ? Asal bodoh sangat korang ni?!" jerit Kamal dengan nada yang begitu marah sekali. Dia bangun dan terus ketuk kepala mereka berdua. Zaim dan Sarah cuba untuk menahan pergelutan mereka bertiga tetapi gagal. Sarah terus menjerit. 

"SUDAH! Jangan bergaduh lagi!" Tegas Sarah. Zaim diam membisu dan terus menolong mengemaskan pakaian Osman dan Zamri. Mereka berdua terus duduk di tempat masing masing dan sambung mendengar tentang perihal kes ini. 

"Ha, Zaim ada lagi apa apa nak awak tambah dalam kes ini?" tanya Sarah dalam nada tegas. 

"Kamal, kamu okay ke?" tanya Sarah dalam nada tenang. 

Kamal hanya diam. Dia mengganguk menunjukkan dia sudah tenang. 

"Err, saya rasa serangkap puisi ini kalau kita faham makna dia dalam dalam kita boleh tahu apa yang tersirat dan tersurat" bilang Zaim kepada Sarah. 

"Kalau macam tu, kita kena cari pakar bahasa dalam soal ini" tambah Sarah. Tiba-tiba Kamal bersuara. 

"Kalau kes ini berkaitan dengan dendam, dan ada kaitan metafora dalam bahasa ni, aku rasa rangkap puisi ni mungkin nak bagitahu next move dia dia nak buat apa ataupun, dia hanya distract kita sekali lagi, tengok macam kes petang tadi siap ada ayat klasik melayu" tambah Kamal.

'Eh kejap, petang tadi pembunuh buang pisau dalam tong sampah tetapi sebenarnya yang dia cucuk atau tusuk perut mangsa Harun bin Husin tu adalah pen mahal kan?" tiba-tiba Zaim mencelah semasa Kamal bersuara. 

"Ayat MENJAGAL tu pulak yang dia tulis kan dekat baju mangsa kan? ' tambah Zaim. Zaim seperti ingin menyempurnakan sesuatu dalam tanggapanya. 

"MENJAGAL tu macam menghiris semua kan? tapi kita ada bukti pisau kan?" tambah Zaim dalam kekeliruan. 

Kamal dalam diam terus dia mencarut.

"Oh Fuck, he want to slaughter sapa yang dia nak" tambah Kamal dengan yakin. 

"Bukan sapa yang dia nak Tuan, tetapi sesiapa yang ada dalam rangkap puisi tu" tambah Osman sambil membaca rangkap itu dengan tertib. 

"Gila babi serial killer ni, kita kena buat sesuatu kalau tak kes pembunuhan kejam akan menaik" tambah Kamal. 

"Eh, Zamri kau dah trace call dari mangsa pagi tadi ke?" tanya Zaim kepada Zamri. 

"Tengah trace lagi, sorry masih pending" bilang Zamri kepada Zaim. Zamri yang sedang giat melakukan siasatan dalam trace call semua ini turut menyumbangkan idea dalam segala persoalan ini. 

Sedang mereka bertungkus lumus menyiasat kes itu, Kamal memegang tangan Sarah keluar dari bilik itu dan mereka berbincang tentang kes ini. 

"Sarah, kita ada all access ke dalam kes ini?" tanya Kamal.

"All Access? maksud?" tanya Sarah kembali

" Segala apa yang kita nak buat ni macam nak hack information ke or maybe security ke semua dibenarkan ke?" tanya Kamal kembali. 

"Oh, semuanya beres, semuanya boleh" jawap Sarah. 

"Tuan!' Zaim memanggil tuannya dalam keadaan gelisah. 

Kamal yang sedang berbincang dengan Sarah tentang kes ini terkejut dengan panggilan itu. Mereka berdua bergegas masuk kedalam bilik khas itu. 

"Tuan, kami rasa kami dah trace call dari simcard Harun bin Husin dan semua nombor yang terpapar adalah nombor family Harun sahaja dan ada satu nombor yang asing call mangsa ini, seolah-olah nombor ini adalah nombor dari public telephone" tambah Zaim. 

"Eh, public telephone mana ada dah sekarang, semua dah ada telefon sendiri" kata Kamal dengan bengang. 

"Okay kita cuba call nombor asing ni sekarang" bilang Kamal dengan marah. 

bersambung


















No comments:

Taksiran Puisi: Hanya Melihat Buta