Mutlak Pedoman
Hidup ini bagaikan air
Ada aliran yang deras
Ada aliran yang perlahan
Tapi tetap menemui pangkalnya
Begitulah hidup menerjah kemajuan
Kemajuan meninggalkan kedaifan
Sambil bongkak ketawa perangai
Melihat si polos masih berkarya
demi menjamah santapan yang ada
Namun, apa bezanya emas dan perak ?
Cuma hanya batu bertatahkan emas
Yang nilainya makin lama makin tinggi
Mengaburi mata si akal menggondol harta
Ini semua hanya pelebaya
Diberi sehasta hendak sedepa
Semuanya demi sendiri
Untuk kamar yang empuk dihiasi
Tidur yang panjang nanti
Ditemani unggas ulat yang mengerikan
Untuk dibangkit pada hari nanti
Segala acuan dipersembahkan
Kerugian dalam penyesalan
Kerana di bumi engkau raja
Hari nanti kau hamba pangkatnya
Bersama menuju meniti titian usang
Terlalu sayang belum sedar
Masih mencari segala bunga kehidupan
Untuk kekayaan hingga abadi
Melihat bangsa polos gagah bekerja
Tanpa suara memecah gempita
Kerana redha kuasa Tuhan
Kerana percaya nikmat teladan
Dari: Rimba
02/11/2020
No comments:
Post a Comment