Nukilan Sang Gagak
Coretan atau lisan
Friday, 25 December 2020
Taksiran Puisi: Hanya Melihat Buta
Monday, 14 December 2020
Taksiran Puisi: Kota Berasap
Novel Pendek: Metafora Pembunuh (Bab 4)
Masih pada hari pertama kejadian pada waktu malam.
Bulan pada malam itu sungguh terang menerangi kawasan bandar Damansara Jaya itu. Lebuhraya yang berada di belakang rumahnya sekitar 500m itu sesak dengan kesesakkan kenderaan. Lampu di kawasan kejiranan membantu juga memberi sinar pada malam itu. Dalam pada itu, Kamal sudah siap mengenakan t-shirt biasa bersama sweater dibawanya ke dalam kereta. Segala fail tentang kes petang tadi telah diserahkan kepada Sarah untuk disiasat bersama mereka bertiga. Dia terus menghidupkan enjin dan terus beredar laju meninggalkan kawasan kejiranannya. Kejadian petang tadi semasa menyiasatkan kes pembunuhan yang agak pelik dan kejam ini masih terngiang-ngiang kepalanya. Fokus terhadap memandu agak terganggu seketika kerana imej di kepalanya masih teringat akan suasana di tempat kejadian, butiran-butiran kecil tentang pembunuhan tadi dan sebagainya. Ini membuatkan kepalanya agak bercelaru dan berapa kali dia asyik menggaru rambutnya yang telah disikat rapi sebentar tadi.
Pergerakan kereta di lebuh raya agak sibuk kerana lebuh raya di kawasan Damansara agak sesak dan ini membuatkan masa Kamal agak lari dari sepatutnya. Dalam situasi tersebut, terpaksalah dia mencari jalan-jalan shortcut untuk sampai ke destinasi dengan cepat. Sebelum hendak mencari jalan yang shortcut, tiba-tiba sahaja pergerakan kenderaan di lebuh raya itu lancar dan semuanya bergerak seperti biasa. Kamal tersenyum dan meneruskan perjalanannya ke arah yang dituju.
"Biasa lah tu, nasib kereta bergerak walaupun jem, kalau duduk stuck macam batu, tak jalan jugak nanti" bisik Kamal dalam hati sambil tersenyum.
Dalam perjalananya, dia sempat berhenti di stesen minyak untuk mengisi tangki kenderaannya dan membeli sebotol air minuman dan beberapa jajan untuk dibawa ketika kes siasatan dijalankan. Sesudah sampai ke destinasinya iatu di pejabat Sarah di kawasan sekitar balai polis Shah Alam, Kamal melihat kereta Sarah telah sampai dan beberapa orang ahli yang lain yang bekerja di bawah Inspektor Sarah. Suasana malam di perkarangan kawasan tersebut dibantu oleh beberapa tiang lampu yang sedia ada untuk menyinarkan kawasan tersebut. Kamal masuk dan meletakkan kenderaanya di pejabat berdekatan dan terus mencari Sarah. Jam di tangannya menunjukkan pukul 9.30 malam dan dia berasa pelik kerana pembantunya Zaim masih belum berada di tempatnya. Lalu dia mengambil telefon bimbitnya dan terus call pembantunya.
"Hello, Zaim dah 9.30 dah ni. Mana kau? Kau tak datang ke ?" tanya Kamal dengan nada marah.
"Hello Tuan, saya dalam perjalanan sudah sampai dekat Shah Alam tapi saya isi minyak sekarang ni." balasnya dengan tenang.
"Okay baik". ujar Kamal lalu menutup telefonnya. Selang beberapa minit kemudian, Kamal memasuki ruangan lobi di balai polis dan duduk. Dia seolah kebingungan kerana Inspektor Sarah tidak memunculkan dirinya pada malam itu. Dia terus bertanyakan kepada beberapa petugas polis yang bertugas pada waktu malam tentang Inspektor Sarah.
Kamal bingkas bangun dari tempat duduk lalu bertanyakan kepada polis perempuan yang bertugas pada malam itu.
"Puan, ada nampak Inspektor Sarah tak?" tanyanya dengan lembut.
"Inspektor Sarah, awak siapa ye?" tanya polis perempuan itu dengan nada serius.
"Saya Detektif Kamal bekerja dengan Inspektor Sarah untuk kes pasal pen tu" jawab nya dengan penuh sopan.
" Oh kamu Detektif Kamal dengan Detektif Zaim kan ?" suara polis perempuan itu bertukar dari nada serius ke nada yang sopan.
"Ya" jawab Kamal dengan tenang.
Selang beberapa minit kemudian, suara yang agak ayu dan sopan muncul dibelakangnya. Inspektor Sarah memanggil Kamal dengan nada yang hormat.
"Kamal" panggilnya. Kamal memalingkan badannya yang kurus itu. Lalu dia tersenyum kerana melihat panggilan itu daripada orang yang dikenalinya.
"Sarah, mana awak pergi tadi, cari awak sebenarnya tadi ye lah nak buat kerja bersama kan?" katanya.
" Oh saya ada masalah tadi dekat rumah saya blackout kejap pulak rumah saya" balas Sarah.
Selang beberapa minit mereka berbual, pembantunya Zaim telah berada berhadapan dengan pintu lobi balai polis.
' Ha tu pun Zaim dah sampai, mari kita memulakan kerja" katanya kepada Sarah.
Selang mereka berjalan ke arah bilik khas untuk melakukan siasatan. Sarah, Zaim dan Kamal berbual tentang kejadian petang tadi. Dan mereka bertiga merasakan kes ini agak berat untuk diselesaikan. Mereka ada juga berbual tentang perkara lain seperti masalah sosial masyarakat kita.
"Makin lama saya tengok anak muda kita, makin senang mereka terdedah dengan macam-macam" kata Kamal dengan penuh keraguan tentang anak muda untuk generasi akan datang.
"Itulah media sosial sekarang, macam macam perkara ada, sikit sikit viral, ada juga bagus ada juga yang tak bagus. Yang tak bagus tu macam keluarkan fake news lah kalau dalam keadaan yang agak genting lah" balas Sarah dengan nada bersetuju dengan keluhan Kamal.
Zaim yang dari tadi hanya bermain telefonnya menghiraukan dengan perbualan mereka berdua.
"Yang penting kita jalankan tugas kita, undang-undang tak kenal sesiapa " balas Kamal dengan nada bersemangat. Sarah hanya tersenyum.
Dalam beberapa minit berjalan sambil berborak tentang keadaan semasa, mereka bertiga telah tiba di satu bilik khas untuk menyiasat kes pembunuhan ini. Di dalam bilik itu, terdapat 2 orang pembantu Inspektor Sarah yang sibuk meneliti segala terperinci dalam kes tersebut. Sarah terus masuk dan memperkenalkan 2 orang pembantunya itu. 2 orang lelaki ini senang dikenali oleh Kamal. Ini kerana ada perbezaan figura badan antara mereka berdua. Lantas dengan itu Inspektor Sarah terus memperkenalkan pembantunya kepada Kamal dan Zaim.
"Okay, Kamal kita ada 2 assistant saya yang mungkin dapat membantu dalam kes ini, Yang pertama yang berbadan tegap serta macho ini nama dia ialah Zamri, boleh panggil Bob. Yang seorang lagi yang kecil tapi berbisa ini nama dia ialah Osman panggil Man . Bob merupakan pakar jugak dalam bahagian IT. Ada degree dalam Computer Science and pandai belasah orang. Kalau Man ni degree in social science tapi dia pandai blend in dalam apa jua situasi sekalipun " Sarah menerangkan perihal pembantunya kepada Kamal
Sejurus Sarah memperkenalkan rakan baru dalam tugasan ini, Kamal dan Zaim terus bersalaman kepada mereka berdua dan terus fokus untuk menyelesaikan kes ini.
Dalam ruangan bilik itu, terdapat beberapa papan putih, 2 komputer dan tiada fail yang ada disekeliling bilik itu.Terdapat juga projektor dan skrin didalam bilik khas ini. Ini kerana kes ini seperti baru dan pembunuhannya amat dasyat sekali. Jadi ada satu fail yang ada menunjukkan tentang kes yang sama dengan kes yang dialami petang tadi. Zaim bersuara kerana ingin cepat melakukan siasatan. Ada 4 buah lampu putih yang dapat menerangkan segala ruangan di bilik ini. Dan ada juga mesin air Coway untuk diminum ketika dahaga.
"Okay, jangan formal sangat, Aku Zaim seorang detektif juga tetapi pembantu untuk Detektif Kamal. Okay kita fokus sekarang ye" kata Zaim kepada semua yang mendengarnya di bilik itu.
Semua hanya mengganguk tanda setuju.
Tanpa melengah masa, Zaim memasukkan pen drive dan terus memancarkan skrin ke projektor untuk menujukkan dengan teliti tentang kes ini. Dia juga ada menulis dia papan putih tentang kes pembunuhan petang tadi.
"Kes Pen" Itu saja yang dia tulis di papan tulis berdekatan.
Dia terus memulakan penerangan tentang kejadian apa yang berlaku pagi tadi.
"Petang tadi, ada kes pembunuhan yang menggunakan pen dan semuanya hanya dicucuk, ditusuk di perut mangsa. Dan di baju mangsa seperti ada mesej tentang apa yang dibuat itu berdasarkan aktiviti yang dia buat pada waktu itu, tetapi ayat itu merupakan ayat yang sinonim dengan ayat pembunuhan. Gigi mangsa pun ada contengan pen serta pisau yang ada untuk distract kita dalam kes ini" terang Zaim dalam diskusinya.
"Pen yang ditusuk itu bukan harga cap ayam ye, tetapi harga yang mahal ye" tambah Zaim. Lantas dia terus meneruskan slide gambar pen yang ditusuk dalam kes ini.
Pembantu Sarah seakan ngeri melihat kesan tusukan yang ada di mangsa itu. Osman tiba-tiba bersuara
"Tergamak gila buat perut orang dengan gigi macam tu, ini kerja setan ini!" tempelak Osman. Zamri hanya diam membisu.
Zaim tiba-tiba takut untuk menerangkan lebih lanjut tentang pembunuhan ini. Kerongkongnya seumpama tersekat kerana menahan keseriauan dalam membentangkan kes ini.
"Tetapi rasanya ini bukan kes yang baru."Zaim menambah dengan nada yang perlahan.
Kesemua yang ada dalam bilik itu diam membisu mendengar pendedahan baru Zaim sebentar tadi. Zaim terus menunjukkan paparan kes sebelum ini di projectornya.
Kamal yang hanya diam dari tadi sambil minum air sejuk tiba-tiba tersentak mendengar keterangan dari pembantunya, terus matanya tajam melihat ke arah skrin kerana dia berasakan kes ini seperti kes pertama. Rupa-rupanya kes ini adalah kes kedua kerana apa yang akan dibincangkan adalah kes pertama si pelaku ini telah lakukan. Kamal ingin marah pada pembantunya tetapi dia terfikir sejenak kerana dia teringat tentang fail yang diberikan oleh Inspektor Rashid, tetapi dia terlupa untuk meneliti kerana sibuk dengan kejadian petang tadi.
Zaim yang sudah kenal lagak Detektif Kamal memandang itu lalu terus fokus membentangkan kes pertama tersebut.
"Kes ini berlaku dalam 2 hari yang lepas, dimana pembunuh ini telah membunuh seorang lelaki berusia 30-an. Merupakan seorang bangsawan yang berasal dari sekitar Shah Alam dan memiliki di Galeri di Seksyen 7. Terbunuh di dalam rumahnya sendiri kerana waktu beliau berada di rumah, orang terdekatnya tiada kerana semua pulang ke kampung hanya dia dan drivernya sahaja yang ada di rumah"
"Driver dia yang report dekat polis tentang pembunuhan ini dan nanti saya bacakan keterangan dia"
Zaim dengan itu membacakan keterangan daripada driver bangsawan ini .
"Pada hari Ahad, seperti biasa saya menghantar Encik Sigeragar ke tempat studionya dan meminta beliau untuk menemaninya dalam studio tersebut. Semuanya seperti biasa dan normal sehingga balik rumah pada petang itu. Saya turut mengemas halaman rumah serta mencuci kereta kerana ingin kelihatan bersih. Pada malam itu, kelihatan ada seorang berbadan saiz biasa cuma badan figuranya hanya hitam sehitamnya.
"Pembunuh pula telah conteng dengan menggunakan darah dekat gambar mangsa dengan membulatkan di hidung"
"Sambil itu dia ada menulis sebuah kiasan tentang sesuatu, dan berbunyi seperti dendam kesumat terhadap seseorang" bilang Zaim dengan nada ingin tahu tentang kes ini dengan mendalam.
Wednesday, 4 November 2020
Taksiran Puisi : Mutlak Pedoman
Mutlak Pedoman
Saturday, 24 October 2020
Pendapat Peribadi: Normal atau Tak Normal ?
Semua orang menjalani kehidupan yang normal. Bangun pagi, solat subuh, makan dan minum, melompat sana sini, berlari bertempiaran di padang dan sebagainya. Segala aktiviti kita dapat melakukan dengan seabaik-baiknya. Malahan ada juga beberapa individu yang noraml sering mempersoalkan tentang saiz badan masing-masing. Seperti mereka mahu badan yang mereka ada diubah dengan sekelip mata, ada yang sanggup mengambil pil yang kita tidak tahu kandungannya yang mampu merosakkan segala organ yang ada dalam badan kita. Selalunya, orang normal atau biasa selalu lupa bahawasanya kita cukup bersyukur untuk dilahirkan dengan cukup sempurna. Perasaan bersyukur ini makin lama makin terhakis akibat terlalu terikut style barat di media sosial.
Ya, penjagaan makanan itu penting. Tetapi lakukanlah dengan cara yang betul. Sekarang, maklumat hanya di hujung jari. Carilah dengan betul bagaimana untuk menerapkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian kita. Tetapi ada juga diantara kita yang baru sahaja ingin berubah untuk menjaga kesihatan kita. Kita sebagai rakan janganlah mengejek usaha mereka ke arah kebaikan. Zaman ini, ternyata yang salah diagungkan, yang benar dipulaukan. Apa adakah ini kehidupan normal yang kita inginkan sedangkan kita masih dalam pandemik virus ini. Dalam kehidupan kita seharian, bukan semua orang dapat menjalani kehidupan yang normal. Ada yang terkesan dengan cacat penglihatan, orang kurang upaya, Down Syndrome dan Autism. Insan-insan yang teristimewa ini mempunyai tempat yang khas dalam kalangan masyarakat. Semua bergantung kepada masyarakat kita,jika masyarakat kita elok, eloklah perangai masyarakat dan kehidupan akan menjadi harmoni. Keharmonian yang selalu kita pujakan selama ini seperti tercemar dengan hasutan-hasutan unsur negatif yang boleh merosakkan mental seseorang. Ini kerana terlalu banyak pendapat yang berbeza tetapi tiada jalan penyelesaian kepada masalah yang terbabit. Golongan seperti ini orang kurang upaya perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Janganlah kita menggunakan kelebihan kita yang sudah normal ini untuk menjatuhkan orang lain. Perkara ini tidak wajar sama sekali kerana saya percaya penduduk di Malaysia ini rata-ratanya semua berkebolehan, dan semua sudah mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk. Jadi gunakanlah akal dengan sebaik mungkin. Rugi jika kita semua sudah pegi sekolah tetapi masih cetek akal dalam hal sivik dan tatasusila. Institusi keluagra juga perlu memainkan peranan kerana keluarga amat penting pada waktu ini. Segala pahit manis kehidupan dikongsikan bersama. Kata orang, dari rumah akan membentuk keperibadian anak-anak itu. Janganlah juga membuli golongan ini kerana mereka juga ingin hidup seperti kita orang biasa. Bersyukurlah, kita semua sempurna. Berubahlah, jadilah manusia yang baik dan prihatin.
Sekian
Friday, 16 October 2020
Novel Pendek : Metafora Pembunuh (bab 3)
Friday, 9 October 2020
Novel Pendek : Metafora Pembunuh (Bab 2)
Tibanya di rumah sewa itu, Amin ada terhidu bau gas yang menyelubungi rumah sewanya itu. Dia terus meletakkan motornya dengan cermat di perkarangan rumah sewa itu lslu terus menuju ke dapur. "Eh, siapa yang tak tutup gas ni?" bisik Amin lalu menutupnya. "Nasib hidung aku ni berfungsi selama aku hidup ni, kalau tak terbakar rumah ni". Namun Amin berasa marah kerana perbuatan cuai ini boleh mengakibatkan kerugian besar di rumah ini. Lalu dia mengeluarkan telefon pintarnya dan memaklumkan dalam group whatsapp rumah sewa. "Siapa yang tak tutup gas lepas masak ni, nasib tak terbakar woi!" ujarnya dalam group itu, lalu menghantarnya. Terkejut dia kerana dalam kes ini, tiada siapa yang mengaku.Oleh itu, Amin sudah malas untuk meneruskan amarahnya kerana dia beranggapan semua manusia sama sahaja bila berbuat salah. Dia terus mengambil air untuk minum kerana dia dalam kehausan.
Faris, Hamdan dan Wan merupakan tiga orang lagi ahli rumah sewa tersebut. Mereka bertiga rapat kerana mereka belajar dalam satu jurursan yang sama. Jadi, selalunya yang akan bertikam lidah dengan Amin dan Hasri ialah Wan. Pernah sekali ada pertelingkahan lidah antara Amin dan Wan. Ini kerana Wan sering mempersoalkan kualiti corak permainan pasukan Malaysia ketika beraksi di Sukan Sea. Amin tidak gemar untuk mendengar cacian atau makian tentang negara yang dicintainya. Dia beranggapan bahawasanya semua orang mempunyai pendapat untuk didengar, tetapi kebanyakannya hanya tin kosong sahaja. Kadang kala, mereka juga akan bergaduh dengan Wan semasa bermain kad UNO. Ini kerana, Wan selalu menang dalam bermain kad ini. Ada juga kadangkala hampir berlakunya tumbuk menumbuk kerana Wan selalu mencabar tahap kesabaran Amin. Wan merupakan pelajar tahun 3 tapi umurnya setahun muda dengan Amin. Tetapi lagaknya bagaikan Firaun memerintah Mesir pada suatu ketika dahulu. Faris dan Hamdan pula sebaya dengan Wan tetapi mereka sering bertengkar denganya. Ini kerana Wan sering menyalahkan kawanya berdua itu kerana hal yang remeh-temeh. Dalam rumah sewa itu, Wan dianggap sebagai seorang yang penuh ego kerana segala tindak tanduknya semuanya disangkakan betul belaka.
"Bring me Haji Bakhil & Tonic! Get Out! Get Out!" bunyi cerita filem Tan Sri P Ramlee menyelbungi ruang kesepian bilik Amin. Amin baring merehatkan diri sambil memandang siling biliknya. Dia tidak menghiraukan cerita yang dibukanya di komputer riba itu. Dia hanya mendengar saja sani kata dari filem itu. Dia akan selalu membuka pelbagai cerita yang telah dia menontonya berjuta kali untuk dia menghidupkan suasana di ruang biliknya. Amin seolah-olah memandang dinding memikirkan masa depannya. Sambil dia memikirkan masa depannya itu, hujan pula turun di kawasan sekitar rumahnya.
Langit di kawasan rumahnya bertukar warna. Gelap dan kilat sabung menyabung. Amin tersenyum lalu memeluk bantalnya lalu tidur.
"Amin, woi Amin tolong aku Amin! Amin tolong aku Amin!" suara perempuan teriakan memanggilnya. Dia pandang sekeliling untuk mencari suara itu. "Kau pandang siapa tu Amin?" Ada suara lain yang memanggilnya lagi. "ha ha ha ha" ketawanya lagi. "Amin, tolong aku Amin dia nak bunuh aku Amin" suara teriakan seorang perempuan kedengaran. Dia seperti cam suara itu.
"Maznah! Maznah! kau kat mana tu Maznah!". Dia nampak adiknya itu di ruang tamu rumahnya bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki yang tidak dikenali itu tidak memakai topeng tetapi mengenakan suit seperti dalam cerita John Wick. "Kau pandang adik kau ke Amin?" senyumnya sambil menarik rambut adiknya itu. "Arghhhh" teriak adiknya itu. Entah bagaimana Amin baru hendak memulakan langkah untuk menyelamatkan adiknya, tiba-tiba dia terdengar ketukan pintu. "Amin, Amin bangun Amin." Azman memanggilnya.
"Wei, bangun jom lepak mamak jom lapar ni" ujarnya. Amin tersedar lalu membuka matanya dan tergelak dari lamunan mimpinya itu. "John Wick ada dalam mimpi aku" bisiknya sambil ketawa. Dia melihat jam pada telefon bimbitnya, dia terkejut kerana dia berasakan dia tidur agak lama tetapi sebenarnya hanya 1 jam sahaja untuk dia berehat. "Eh, pukul 7 dah, dah maghrib" bisiknya lagi. Dengan pantas, dia mengambil tuala untuk mandi dan selepas mandi, dia akan solat asar dan maghrib dahulu sebelum keluar untuk mengisi perutnya.
Suasana pada malam itu agak tenang dan basah. Perkarangan jalan semuanya kelihatan seperti lembap kerana hujannya pada petang tadi. Bau selepas hujan memberikan ketenangan untuk Amin."Fuh" bisiknya dalam hati.
"Ha, man kau nak makan mana ni? jomlah makan lapar dah ni, perut pun dah bunyi udang" Amin bertanyakan kepada Azman.
"Haa, udang? kau ni Amin biar betul hahahaha!!"Azmin ketawa lalu Amin pun ketawa kerana lawak hambarnya sering tidak kena dengan mukanya. "Haa, jomlah makan" ujar Amin lagi.
"okay jom" balas Azman. Mereka berdua mengenakan baju yang simple untuk senang mereka keluar makan. Azman menunggu Amin di bawah untuk mereka pergi bersama-sama. Setelah Azman nampak susuk tubuh Amin di luar perkarangan rumah sewanya itu. Azman bertanyakan soalan kepada Amin.
"Eh Amin, kau dah taknak pakai kain ke bila keluar ?" Azman bertanya. Amin terus senyum dan mengeluarkan kata kesat kepada Azman.
Mereka berdua terus menghidupkan motor mereka itu sambil menunggu enjinnya panas. Dalam pada menunggu enjin panas. Mereka berdua terdengar suara Wan yang ingin mengirimkan makanan. Amin menyuruh Azman untuk terus cabut.
"Man, jom ah Man jom lah, bodoh ada motor pun suruh orang kirim malas aku asyik dia sorang je betul" ujar Amin kepada Azman. Azman mengganguk lalu terus bergerak ke tempat makan yang disukainya.
"Selamat kita tiba di tempat makan ye" ujar Amin kepada Azman. Restoran Hakim merupakan tempat biasa untuk Amin dan Azman makan malam.Di Universiti, dia selalu bersama Salim tetapi kerana kekangan masa dan keluarga Amin faham tentang keadaan Salim. Jadi untuk aktiviti makan malam dan sebagainya, Azman selalu ada bersama dengan Amin. Walaupun dia selalu rapat dengan Hasri bila bermain futsal, namun dia juga rapat dengan Amin. Amin gemar juga bermain futsal cuma waktunya untuk bermain futsal dengan Hasri dan Azman tidak kena. Kadang kala ada tugasan yang perlu disiapkan secepat mungkin. Mungkin pada masa akan datang, dia akan bermain seperti dulu.
" haah, sempat kita makan kita minum, lepastu tengok final piala malaysia ke apa" ujar Azman kepada Amin. Mereka berdua duduk di luar kawasan Restoran Hakim kerana angin yang begitu tenang dan restoran itu telah membuka skrin besar bagi sesiapa saja yang ingin menonton perlawanan bola sepak. Seorang pelayan di restoran itu terus datang dan mengambil pesanan mereka berdua. Amin dan Azman tanpa memikir panjang mereka berdua mengambil makanan yang sama iatu mee goreng mamak dan air pula berlainan. Amin memesan air sirap dan Azman pula memesan air extra joss anggur. Dalam beberapa minit kemudian air mereka telah sampai.
"Haah lah!, ada bola kan. baiklah ada bola, Main dekat Stadium Shah Alam kan?" tanya Amin sambil minum air sirap yang dipesanya tadi. "Ye lah, nak buat dekat Stadium Bukit Jalil, sekarang tgh renovate apa semua" ujar Azman.
"Lagipun aku rasa best buat kat Shah Alam ni, sebabnya kalau kau tengok peta kan dan kau tengok berapa ramai yang kerja kat kawasan lembah klang, kau akan rasa Shah Alam ini strategik" ujarnya. "Kau tengok lagi dengan student tak kisah lah IPTA dengan IPTS dekat sini, banyakkan?. Jadi, bagi aku Shah Alam ni memang cun lah kalau ada apa-apa event" sambungnya lagi. Amin tergamam mendengar penjelasan Azman. Ini kerana dia berpendapat bahawasanya Azman merupakan seorang yang suka bersukan, jenis suka bersosial dan tidak mementingkan apa-apa yang berlaku di negara ini. Rupa-rupanya sangkaannya salah kerana Hasri pernah menceritakan perihal Azman kepada Amin.
"Azman memang macam tu Amin, kau tanya satu dia jawab 10, kalau kau nak bincang dengan dia best lah sebab dia ni ada lah jugak isi sikit. Dia suka explain apa yang dia tahu dekat orang. Bestlah" Amin teringat kata-kata Hasri tentang Azman. "Amin, bola dah start tu" pesan Azman kepada Amin. Sedang Amin khusyuk menonton perlawanan akhir di skrin, bahunya dilanggar kasar menyebabkan fokusnya terhenti seketika. Dia melirik matanya ke kanan untuk melihat siapa pelakunya. Seorang lelaki 40-an berbaju hitam lengkap dengan warna seluar yang sama memandang ke arahnya dan tersenyum sebaik sahaja mereka berbalas pandangan. Kemudian lelaki tersebut menyambung langkah ke meja dan melabuhkan punggung di atas kerusi. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku antara mereka berdua. Daripada matanya sebentar tadi ralit ke skrin, kini berpindah kepada lelaki yang melanggarnya tadi. Hatinya berbisik,"eh, kenapa muka pakcik ini macam pernah aku lihat, tetapi dimana ya? imaginasi aku kot". Amin mengalihkan semula pandangannya ke arah skrin besar di restoran itu. Sebaik sahaja Amin kembali fokus menonton perlawanan, lelaki berumur 40-an itu dalam diam memandang ke arahnya.
Suasana agak riuh rendah di restoran itu kerana ada perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan Selangor dan pasukan Kedah. Kedua pasukan ini mempunyai sejarah tersendirinya. Banyak pengulas sukan di negara ini mengatakan bahawasanya dalam kertas Selangor akan menang kerana sejarah piala dan pemain-pemain Selangor ini mempunyai kualiti masing-masing. Tidak kurang hebatnya dengan pasukan Kedah yang dibarisi oleh pemain import dan tempatan yang mantap. Jadi tidak kira betapa hebatnya pengulas sukan mengutarakan pendapat mereka tentang perlawanan pada malam ini, semuanya akan ditentukan sebaik saja wisel bermula untuk 90 minit akan datang. Ini kerana pentas final merupakan perlawanan yang berbeza. Tekanan yang dirasai oleh pemain, suasana stadium itu hadir dengan penuh sorakan serta chant dari pasukan masing-masing. Kegugupan pemain boleh dirasai jika mereka bermain seawal minit pertama sehingga minit ke-30. Atau sebaliknya. Ini kerana, setiap pemain mempunyai tahap mental yang berbeza-beza. Jadi sikap proffesional mereka sahaja yang akan menenangkan para pemain ketika beraksi.
"Prrriiiiittt" Wisel berbunyi. Semua mata di restoran itu tertumpu pada perlawanan akhir itu. Suasana ini seperti menonton perlawanan pasukan kebangsaan. Di sini juga kita boleh lihat betapa ramainya penyokong yang menyokong ketika menang dan akan maki ketika kalah. "Eh bangsat betul lah kau main" ada suara beberapa penyokong yang hadir berasa tidak puas hati akan prestasi pemain pasukan mereka iatu Selangor. Jika ada berlaku kekasaran dalam perlawanan itu, maka timbullah segala ayat makian yang akan dikeluarkan oleh para penonton.
"Goaaaaaaaalllll" jeritan padu oleh penonton di restoran hakim itu menggamat suasana sepi pada ketika itu. Jam telah menujukkan pukul 10 malam dan perlawanan akan direhatkan untuk separuh masa yang kedua. Mata Amin melihat ke arah seberang jalan. Di situ,dia ternampak ada sekatan jalan raya menuju ke rumah sewanya. Amin pelik dan perasaannya tidak menyenangkan lalu dia mengajak Azman untuk pulang ke rumah sewanya. Azman menggaguk tanda setuju kerana dia pun sudah malas menonton bola kerana ada segelintir penonton di restoran itu membuat bising dengan mengeluarkan fakta yang tidak tepat tentang perlawanan tersebut. Sedang Amin dan Azman ingin menghabiskan air minuman mereka. Tiba-tiba sahaja lelaki misteri ini menjerit setelah perlawanan masuk kepada separuh masa kedua.
"Bodohlah Selangor ni, dah kalah nak main passing pulak, mana tak goal"jerit lelaki 40-an itu.
"Diamlah, orang nak tengok bola ni kalau kau pandai main kenapa kau je tak main, oh lupa kau dah tua!" balas penonton yang duduk meja bersebelahan kepada lelaki 40-an itu.
Lalu mereka bertengkar kerana dalam pertelingkahan mereka, ada perkara yang tidak disenangi oleh lelaki 40-an itu.
Hampir bergaduh juga tadi di meja makan mereka akibat mulut celupar lelaki 40-an. Mata Amin sekali lagi memerhatikan pertengkaran yang berlakunya tadi. Pelayan di restoran itu terpaksa menenangkan antara lelaki 40-an itu dengan beberapa penonton yang lain. Walaupun keadaan tenang kembali, Ada perasaan yang kurang senang yang dialami oleh Amin semenjak masuknya dia di restoran itu. Seolah-olah ada yang memerhati tetapi tidak tahu pelakunya. Setelah Amin dan Azman beredar, lelaki 40-an itu terus senyap dan menonton dengan hati yang tenang. Semasa Amin dan Azman berada behampiran dengan motor mereka. Terdengar satu suara yang garau dari arah belakang mereka.
"Bro, terima kasihlah kerana cabut dengan awal, menyemak aku tengok muka korang ni"
Mendengar sahaja suara tersebut, Amin dengan segera menoleh kebelakang untuk mencari siapakah pemilik suara tersebut. Azman menghiraukan sahaja suara itu. Sebaik sahaja Amin menoleh, pandanganya terkunci pada satu figura berdiri kira-kira 100 meter dibelakangnya. Amin yakin bahawa figura tersebut adalah pemilik suara yang menempeleknya tadi, lelaki berusia 40-an.
"Eh, kenapa pakcik ni? dia ikut aku ke?"bisik hati kecil Amin.
Sambil dia berfikir, dia mengorak langkah meuju ke arah lelaki misteri tersebut. Melihat Amin cuba pergi ke arahnya, lelaki misteri itu terus meninggalkannya. Langkah Amin terhenti apabila Azman menegurnya,
"Eh Amin, kenapa kau tercegat dekat situ? kata tadi nak balik." Mendengar sahaja kata daripada Azman, Amin terus meluru ke motornya dan menghidupkan enjin motor.
Sedang mereka berada di atas jalan raya untuk pulang ke rumah sewa, kepala Amin dari tadi tidak lepas memikirkan tentang lelaki 40-an tersebut.
Mengapakah lelaki tersebut berkata begitu? Siapakah gerangan lelaki tersebut?
Semakin lama semakin banyak tanda tanya yang timbul di benak fikiranya
bersambung...